JellyPages.com

Thursday, May 3, 2012

perginya insan bernama BOB KUMAN

Pernah satu ketika air mata ku menitis membaca kisah berkenaan Bob Kuman yang terlantar sakit.Seorang insan seni yang dilupakan ketika sakitnya.Meminta simpati orang bukan sifatnya tapi pabila dihimpit pelbagai rintangan dirinya terpaksa dibawa ke depan bercerita tentang betap perit dan perihnya untuk merawat penyakitnya.Amat kagum dengan semangat BOB.
Aku mengaku hatiku mudah tersentuh dengan berita yang walaupun sedikit palitnya pasti air mataku jatuh berguguran.Pabila hendak menarik nafas lega timbul pula berita palsu menyatakan BOB Kuman meninggal dunia.Hati sedikit gembira bila melihat Bob di satu rancangan hiburan menangkis berita palsu itu dan alangkah senang aku tersenyum melihat BOB semakin sihat.Walaupun tak pernah bersua muka dengan BOB aku tak tahu mengapa aku berasa begitu dekat dengan nya.Mungkin aku teringatkan adikku yang juga berbadan seperti dia.
Hari ni sekali lagi air mataku berjujuran jatuh tanpa terhalang pabila mendapat khabar yang begitu mengejutkan.BOB Kuman akhirnya dipanggil mengadap Ilahi.Walaupun sedih dengan berita tersebut tapi aku bersyukur sebab akhirnya penderitaan dia berakhir.Aku doaakn semoga roh Allahyarham BOB KUMAN ditempatkan dikalangan orang yang beriman. TERIMA KASIH BOB KERANA SUDI MENGHIBURKAN KAMI SEMUA DENGAN LAWAK JENAKAMU.........

Sunday, April 8, 2012

Bagan Lalang


kawasan pantai yg tenang dan mendamaikan

Nilah sebahagian chalet di Camar laut

Tenang dan damai je tempat ni.sesuai utk bawa anak mahupun family datang picnic.ada juga company yg buat family day kat sini.Banyak chalet disediakan bagi yang ingin menginap.Bagi aku dan juga suami aku kami memilih utk menginap di camar resort and chalet milik Lembaga

Perikanan.Resort ini murah tau.kalau ambil chalet RM 170 untuk hari cuti.Chalet boleh muatkan 4 orang.Ada dua bilik dan setiap bilik ada dua katil bujang.sesuai sangat untuk family.Aku dan suami pilih untuk check in di chalet bertingkat harga sama RM 170.Chalet yang bersih dan juga yang penting wifi di semua area .tu yg penting.
Lanskap yang cantik di sekitar camar laut

Bagi yang datang jangan risau tentang makan sebab Bagan Lalang ada kawasan penjaja dimana terletaknya juga gerai-gerai makan.Ada juga gerai makan persendirian.




Malam pula aku dan suami memilih Makan Malam di HM Bagan.Memang murah.Tapi tak boleh serbu je tau.Kena buat tempahan dulu.silap-silap kalau serbu kecewa ye la dah tak de table.Then tempahan kena buat awal seawal jam 6 petang.Antara hidangan kami Malam tu adalah Tom yam campur medium saiz,Kailan goreng ikan masin medium,Kerapu bakar,cili crab,butter prawn,pepahat masak cili,sotong celup tepung, air epal Asam boi total semua RM155 termasuk lighter sbb mlm tu earth hour jadi kena pasang lilin kat hotel Selama 1jam.Tiba-tiba tengah makan dengan lazatnya elektrik terputus plak.Jadi makan dalam gelap lah kami.Nyamuk pun apa lagi mula lah membenamkan jarum kat betis dan kaki tapi itulah pengalaman yang best.Jadi bg yg ingin dinner di HM Bagan bleh call nombor seperti di bawah.



Tp Bagan Lalang nimemang best.Bagi yang budget besar disyorkan check in kt Golden Palm tree.siap de private beach lagi tau dan chaletnya semua atas air wo...


Pemandangan Golden Palm tree dr udara seakan pokok kelapa sawit



Hope sape yang nak pergi enjoy........

map to Bagan Lalang

Friday, April 6, 2012

Anak penawar segalanya..


Hai seronok tengok telatah anak-anak.Macam-macam peel dorg buat utk tarik perhatian kita.Ada tu sengaja menangis utk tarik perhatian parent.anak adalah selanya bagi kehidupan pasangan suami isteri.Tanpa anak maybe setengah suami isteri rasa sunyi.jadi tak mustahil sekarang ramai jugak artis yang belum kahwin mengambil anak angkat.selain dapat menolong keluarga yang serba kekurangan kehadiran anak dalam kehidupan memberi seribu keceriaan yang tak terungkap.

bila pasangan merancang utk berkhwin trus mereka merancang brapa anak yang mereka mau.Tapi bagi aku anak adalah anugerah Allah.Berapa yang Allah nak kurniaakan kita terima aje.Ye la betul sekarang kita kna merancang sebab ekonomi sekarang ni barang makin mahal.

Agak terkejut jugak aritu masa pergi beli brg umah sengaja tolak troli ke bahgian susu baby.ade tu susu baby yang harga hampir RM100 satu tin.tu blom lampin lagi.tapi aku rasa itu bukan alasan kerana org tua-tua selalu kata anak tu pembawa rezeki.

Aku juga berharap aku akan ada anak yela parent aku sangat suka baby.Suami aku pun sama.Aku lagi-lagi la suka.

Thursday, April 5, 2012

Bak kata orang veteren...

Hehehehe........aku setuju dengan kata-kata ni....lebih baik tido dgn perut lapar dari bgn tido dgn byk hutang.ye la.tido dlm keadaan lapo mane tau termimpi pulak dapat mknan yg sedap dh jadi kenyang (ye ar mkn dlm mimpi pun bleh kenyang umpama kite mimpi mandi laut tetibe je bgn tilam dh basah erti kata lain terkucil)

kalo bgn tido dgn byk hutang msti terjaga je ingt hutang bergunung2.kdg tu x sempat nak tido dh terase dh lame tido....Jadi renung2kanlah dan selamat beramal....

trima kasih suami



Hampir dua tahun bergelar isteri kepada Saiful.Macam tak percaya diri ini seorang isteri kerana aku rasa kami ni seperti lagi sepasang kekasih yang hangat bercinta dan juga seperti sahabat karib yang selalu bergurau senda.

Dia ada ketika aku sedih
Dia ada ketika aku gembira
Dia selau membuat hariku tersenyum
Dia jugalah pengubat ketika aku luluh terluka.
Dialah suami,kawan,kekasihku satu-satunya.

tErImA kAsIh SuAmIkU......

Tuesday, February 21, 2012

Jadual makan untuk nak diet

azam thun bru kononnya nak diet jadi aku pub susah pyah lah wat jadual pemakanan.jd nk kongsilah dgn semua.


bukan semua ye.pilih ikut piramid makanan
Pilihan breakfast

Semangkuk oat dan nescafe
Sekeping roti canai dan kuah dal dan secawan teh o
2 keping roti mil penuh , 4 sudu tuna dangan timun dan salad serta air soya.
Semangkuk bijirin fiber dan secawan teh o
2 ketul popia basah dan segelas teh o
2 biji karipap kentang dan secawan nescafe 0
2 keping roti bakar serta jam dan segelas susu.
2 biji telur setengah masak dan secawan kopi.

Pilihan Makanan tengahari.
Padankan dengan air suam dan minum segelas air sebelum makan

1/2 senduk nasi dan 1/2 senduk kacang buncis goreng dan seketul ikan tongkol masak kuah.
1/2 senduk nasi dan 1/2 ikan kembung bakar dan ulaman dan setengah sudu sambal belacan.
Setengah senduk mee hoon goreng
1 mangkuk kecil bubur ayam/ikan dan 1/4 telur masin
Kweyteow sup
1/2 cawan makaroni goreng
1/2 senduk nasi dan 1/2 ekor ikan masak halia (kukus) dan 1/2 senduk sayur campur.
1/2 senduk nasi dan seketul ayam dada masak sup
1/2 senduk nasi dan ayam dada masak paprik.
1 senduk nasi satu mangkuk besar kerang rebus dan cili sos.
1 senduk nasi,tauhu goreng dan satu senduk sayur campur.
1 mangkuk mee wantan.
1/2 mangkuk pasta
1/2 senduk nasi putih, dan seekor ikan kerisi dan 1/2 senduk sayur kubis
1/2 nasi goreng kampung dan lai chee kang
1/2 nasi putih ,sambal tempe ikan bilis dan sup bayam.

Pilihan makanan ganti makan malam

2 ketul popia basah dan jus tembikai.
1 mangkuk rojak buah
Sanwich sardin dan segelas susu rendah lemak.
Sebiji buah naga
5 keping biskut dan secawan milo panas.
1 mangkuk salad buah.
Semangkuk tau fu fa
Satu biji jagung rebus.
Segelas jus tomato.
Seketul tahu sumbat dan segelas soya.
1 ketul pau kukus dan susu rendah lemak
1 cawan yogurt asli