JellyPages.com

Thursday, May 3, 2012

perginya insan bernama BOB KUMAN

Pernah satu ketika air mata ku menitis membaca kisah berkenaan Bob Kuman yang terlantar sakit.Seorang insan seni yang dilupakan ketika sakitnya.Meminta simpati orang bukan sifatnya tapi pabila dihimpit pelbagai rintangan dirinya terpaksa dibawa ke depan bercerita tentang betap perit dan perihnya untuk merawat penyakitnya.Amat kagum dengan semangat BOB.
Aku mengaku hatiku mudah tersentuh dengan berita yang walaupun sedikit palitnya pasti air mataku jatuh berguguran.Pabila hendak menarik nafas lega timbul pula berita palsu menyatakan BOB Kuman meninggal dunia.Hati sedikit gembira bila melihat Bob di satu rancangan hiburan menangkis berita palsu itu dan alangkah senang aku tersenyum melihat BOB semakin sihat.Walaupun tak pernah bersua muka dengan BOB aku tak tahu mengapa aku berasa begitu dekat dengan nya.Mungkin aku teringatkan adikku yang juga berbadan seperti dia.
Hari ni sekali lagi air mataku berjujuran jatuh tanpa terhalang pabila mendapat khabar yang begitu mengejutkan.BOB Kuman akhirnya dipanggil mengadap Ilahi.Walaupun sedih dengan berita tersebut tapi aku bersyukur sebab akhirnya penderitaan dia berakhir.Aku doaakn semoga roh Allahyarham BOB KUMAN ditempatkan dikalangan orang yang beriman. TERIMA KASIH BOB KERANA SUDI MENGHIBURKAN KAMI SEMUA DENGAN LAWAK JENAKAMU.........