JellyPages.com

Monday, September 9, 2013

Demam exam dah bermula

Hari ni dah mula exam UPSR.Aku doakan semua student yang ambil exam tahun will success with flying colours.Tak ketinggalan adik aku yang hari ni first day exam UPSR.


Ni ada sikit tips untuk sapa yang nak ambil exam tak kiralah UPSR,PMR,SPM,STAM,STPM semua exam lah.

SEHARI SEBELUM HARI PEPERIKSAAN

1. Baca secara imbas semua panduan, tips dan rumusan penting untuk matapelajaran yang akan anda ambil esok.
2. Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat "SAYA BOLEH LAKUKAN!"
3. sediakan segala peralatan untuk menulis (pensil 2B siap diraut tajam - 2 batang, pemadam - 2 butir, peraut pensil - 1 & pastikan tajam bagi mengelak pensil patah berulang kali, pembaris - 1 batang pendek & sebatang lagi yang panjang, pen - 2 batang, warna kayu - satu set & set geometri - jika perlu.dan lain-lain.
4. Mohon ibu bapa doakan kejayaan anda.
5. Tidur seawal pukul 9.00 malam bagi membenarkan otak memproses semua maklumat yang anda imbas sebentar tadi.


SEMASA HARI PEPERIKSAAN

1. Bangun awal.
2. Sembahyang Tahajud, Subuh , Hajat
3. Bersiap sedia ke sekolah
4. Jangan lupa untuk bersarapan. Jangan terlalu berat. Takut nanti, anda sakit perut atau merasa tidak selesa semasa berada dalam dewan peperiksaan.
5. Pastikan anda membawa:-
a) Semua peralatan untuk menulis yang telah anda sediakan semalam.
b) Surat lahir / kad pengenalan
c) Slip angka giliran anda.
6. Sebelum bersalaman dengan ibu bapa, lakukan perkara2 berikut:-


a) Baca Surah Al-Fatihah - 3X


b) Takbir - 7X

c) Selawat Ke atas Nabi Muhammad S.A.W - 3X

7. Salam & cium tangam ibu bapa.
8. Langkah kanan bila keluar rumah dan jangan toleh belakang.
9. Bertolak ke sekolah lebih awal dari biasa. - Ini bertujuan untuk mencipta suasana tenang. Tergesa-gesa akan mencetuskan perasaan panik.


BILA TIBA DI SEKOLAH

1. Sampai je di sekolah, duduk di suatu sudut dan baca semula secara imbas semua panduan, tip-tip penting dan rumusan.
2. Tarik nafas dalam2 dan releks.
3. Baca:-
 Surah Al-Fatihah - 3X

,Takbir - 7X

Doa Penerang Hati - 1X 


Selawat Ke atas Nabi Muhammad.


DALAM DEWAN PEERIKSAAN

1. Duduk dengan tenang. Tarik nafas dan bertawakal. Yakin dengan usaha anda selama ini.
2. Baca :-

Doa Penerang hati
Doa Tidak Lupa


3. Sebelum buka kertas soalan, bacalah surah Al-Fatihah dan mula mejawab.
4. Sekiranya ada maklumat, fakta atau rumusan penting yang anda terlupa, jangan panikBerselawatlah ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.., insya'Allah boleh ingat semula.

SELEPAS PEPERIKSAAN

Selesai sahaja menjawab setiap kertas soalan JANGAN BINCANG KERTAS SOALAN ATAU JAWAPAN DENGAN SESIAPA PUN SEHINGGALAH HARI PEPERIKSAAN BERAKHIR.





Short vacation@Port dickson

14 sampai 16 Jun haritu aku ni menyibuk ikut en hubby pergi Port Dickson.Dia ada kursus kat sana.Ofis dah bagi green light boleh bawak family jadi apa lagi macam orang mengantuk di sorong kan bantal la.

Tempat kursus en hubby dekat Ancasa Allsuites Resort and Spa.Hotel dia ok lah.Bilik memang besar macam apartment.Kalau nak bawak 1 kampung pun muat.Oleh sebab jadual en hubby yg ketat dgn kursus dia,Aku terperap je lah kat bilik.Tapi bagus jugak.Memang rehat sepuasnya.Kami bertolak lepas sembahyang Jumaat.Perjalanan 1 jam.Sampai aje kami terus check in.Oleh sebab kami sampai awal, lepas check in dan simpan barang kami jalan-jalan usha line.Cari tempat untuk minum petang.Lepas puas di tepi pantai sambil menikmati pisang goreng.

Malan tu en hubby dah mula kursus.Nasiblah aku dah tapau makanan jd tak la kelaparan .Bekal mee maggi pun aku bawak jugak kot-kot malas nak keluar.Kami dapat bilik di blok C.Balkoni bilik kami betul-betul ngadap kawasan peliharaan ayam dan itik.Jadi bangun pagi tak payah pakai alarn dah.Dengar ayam kokok je.

Pagi Sabtu tu lepas breakfast dgn en hubby aku naik bilik semula.Sambung tidur.HEHEHEHEHE.Petang tu en hubby habis awal jadi apa lagi dating la kat tepi pantai.Kami join group ofis en hubby yg mmg awal lagi bawak anak ke pantai.En hubby collect duit ramai-ramain untuk main banana boat,Seorang RM10.Pastu plan nak naik jetski la tp agak mahal.RM 150 untuk 15 minit je.

Pastu penat mandi manda kami siap-siap nak keluar dinner.Dah bosan makan kat hotel kami decide nak dinner kat luar.Tabiat aku aku datang kawasan pantai mesti kena cari seafood.Kami ke pekan Teluk Kemang.Terjumpalah sebuah restoran cina specialist dalam seafood.Tapi halal.Makan memang tip top layanan owner pun bagus.Peramah.Lepas kami siap makan dia datang tanya komen kami tentang lauk yang disediakan.Kami order Tom yam campur,Salted egg soft shell crab,ikan kerapu tiga rasa  dan special request dr en hubby nak makan yam ring isi dalam dry chili chicken.Kami agak dinner kami dalam RM 200++ tp bila bil sampai RM 119.90 je.Memang murah.Nama restoran tu Restoran Muhibbah






Hari last en hubby kursus setengah hari je.Tengah hari lepas lunch kami check out.Tapi tak terus balik.Merayau lagi kat Dataran Teluk Kemang.Niat hati nak cari fridge magnet dan t-Shirt sebagai tanda kenangan. 




Candle light Dinner

11/3/1985 nilah lahirnya seorang putera yakni hari ni sah menjadi husband aku.Seperti thun-thun yg lps aku tak ketggalan untk celebrate birthday dia.

Selalu asyik belanja makan ja.tahun ni aku buat kelainan sikit.Just nak celebrate kat rumah .Aku plan nak buat ala-ala candle light dinnerDisebabkan birthday en hubby tahun ni jatuh hari bekerja senang cikit aku nak plan suprise birthday dinner.

Weekend sebelum tu aku ajak en hubby gi beli candle dgn gelas kat Daiso.En hubby tanya untuk apa aku just jawab kawan ofis pesan.Dia pun buat dek ke lah.

Ari isnin to birthday dia.Nasib aku balik kerja pukul 2 jadi sempatlah nak g beli barang.Gegas aku ke Giant untuk beli peralatan masak.Plan nak masak gnocchi with chicken herb and cream sauce.Then aku beli sparkling.Sebelum balik sempat aku singgah beli kek dan kak ucapan.Dah la hari ujan apa lagi berlarian lah aku balik dengan barang-barang.

Sampai je rumah aku setting table dulu.Then masak cepat-cepat.Siap masak sementara tunggu en hubby balik aku edit video .Ni lagi satu video suprise untuk en hubby.Aku pakat dengan semua family members buat ucapan hari lahir then aku compile jadi 1 movie.

Orang yg dituggu dh sampai.Atas meja aku dah nyalakan lilin kek.Masuk je en hubby dia terkejut dan hampir jatuh air mata jantan dia.Lepas tiup lilin aku mainkan movie yg aku buat.Terubat rindu en hubby dgn keluarga yg jauh.dgn video tu harap en hubby rasa semua keluarga dia ada dgn dia sentiasa.



Aku rasa ni lah hadiah hari lahir yg paling bermakna untuk en hubby.


Labuan Trip

Awal bulan April hari tu lepas habis majlis Aril aku dan suami decide nak pergi holiday memandangkan kami dah lama x pergi bercuti.
Jadi destinasi pilihan kami kali ni is Labuan.Duty free Island.Konsep percutian aku and husband simple.Holiday shopping or holiday re treat.Macam trip Labuan ni holiday shopping.Means shopping time....Hehehehehe Kami pilih dan ikut mcm adventure backpacker.perjalanan kami bermula 6 pg dr Keningau (rumah in law aku)Dad in law aku hantar kami ke keretapi Tenom sebab kami nak ke Labuan ikut jalan darat.Kami ambil keretapi paling awal pukul 7pg.Dari Tenom kami kena transit kat Halo Gilat then smbung ke Beaufort.Tambang untuk keretapi RM2.75 seorang
Sampai di Beaufort dah tgh hari perut pun dah lapar tp dek kerana nak kejar masa utk sampai Labuan kami sempat tapau roti dgn air milo jew.Dr Beaufort aku decide nak ambil teksi je.Discuss punya discuss lastly kami charter teksi utk ke Menumbok.RM 100.Kalau amik bas express lg murah tp bas selalu tggu penuh bru dorg jalan.Lunch pun dlm teksi je. 1jam jugak perjlnan ke Menumbok dr Beaufort.Sampai jeti kami ambil speedboat.10 min kemudian kami sampai Labuan.1 pengalaman baru naik speed boat ni.Mmg laju tau.1 speed boat muat 7 org je.Laju x laju sampai terbang lah bot tu.
Keluar jeti kami ambik teksi.Punya nak redah kami ke hotel yg nak check in.Sampai kat reception drg ckp fully book.Uncle teksi bawaklah kami ke Waterfront Hotel.Sbb xnak ambik risiko kami pun check in lah.Tp yg best kebykn bilik penuh tggl seaview room je.Pedal je lah labu.Lepas tolak gov rate dpt lah pernite RM328. Depan hotel ni is Ujana Kewangan.Tp bg aku xde apalah sgt kt Ujana.Cuma kalo nak usha jew boleh lah.Untuk first day ni kami decide ambil hotel yg selesa sikit sebab tujuannya nak berehat sepuasnya....
Esok lepas breakfast kt hotel kami checkout.Nak cari hotel yg dekt dgn Jln OKK Awang Besar.Jalan ni baru heaven utk shopping brg duty free.En google bgtau de satu hotel nama Global Hotel dkt dgn Jln OKK Awang Besar.Tp xtau jln plak nak gi situ.Nasib jumpa information kaunter.Lps ambik Map bru jumpa jln yg benar...
Global hotel bilik deluxe RM 108 pernite.Memg dekat giler dgn jln OKK Awang Besar n Bazar Labuan kalo nak beli pearl and souvenier..Lps check in truskn misi utk shopping.Msuk duty free punya kawasan mestilah nak cri rare coklat n perfume.Shopping mmg x hengat lah.Psal mkn jgn risau sini byk kedai mamak. Kalo mlm nk mkn seafood pun murah.mklumlh dkt pntai.Pulau.Jadi sila tetapkan matlamat anda datang ke lABUAN

Majlis Berendoi dan Cukur Jambul Aril.

Rasanya last entry aku bulan Januari hari tu.Untuk bulan Februari xde apa yang best untuk kongsi jadi aku terus shoot ke bulan Mac jelah.

Sepanjang bulan Mac aku busy dengan persiapan majlis berendoi dan juga cukur jambul untuk anak sedara aku sebelah en hubby.Dek kerana dorg tak tau apa itu majlis berendoi jadi mak mertua aku serahkan 100% pada aku.
Bayangkan nak realisasikan majlis nun di seberang laut cina selatan susah beb sebab sumber terhad.Contohnya punyalah susah aku nak cari orang untuk wat buaian berendoi sebab di Sabah dorang kurang buat majlis berendoi.
Apa lagi aku tanyalah encik google.Nasiblah encik google mambantu banyak dalam melaksanakan tugas 'event planner'.Dari en.google lah aku kenal sorang akak ni.Dia memang ambik upah buat buaian berendoi.Orang Papar tapi tinggal di Tenom.Jadi dekatlah dengan rumah mertua aku.Senang berurusan dengan akak sue(pggilan aku utk akak ni)Paling penting aku puas hati dengan kerja dia.Kalo berkenan crilah kat fb. www.facebook.com/suhailah.hajijulaili
Last minit tetiba mak mertua aku suh buat kad undangan.Lagi satu perkara buat aku pening.Bayangkan tempoh lagi beberapa minggu untuk majlis baru nak buat kad.Call punya call semua tak mau buat sebab tempoh singkat.Nasib kali menyebelahi aku dengan bantuan sekali lg en google selesai masalah aku. Aku tempah kad dr satu blog nama beautyofsakura.Simple dan juga berbaloi dengan yg dibyr.100 kpg RM0.50.Ni blog dia beautyofsakura.blogspot.com.Utk goodies bag aku beli kt Sayang You@ semua house.Aku letak surah Yassin,mineral water,cupcake by mum in law dgn gula-dula.
Alhamdulillah akhirnya semua terlaksana.Majlis berjalan dgn lancar.

Sunday, September 8, 2013

Back in Action

Salam...fuh berhabuk giler blog aku ni....sampai sarang labah-labah dah menjalar di setiap pelusuk blog..Dah lama rasanya x letak entry.Almaklumlah sibuk dengan kerja dan juga rumahtangga. Tapi rasanya inilah permulaan semula untuk aku kembali aktif dengan blog.Harap-harap dapatlah berkongsi serba sedikit tentang aku,keluarga aku dan juga kehidupan di sekeliling aku...