JellyPages.com

Saturday, November 9, 2013

HO CHI MINH TRIP-part 1


DAY 1
Ho Chi Minh Airport

sunyi je compare to klia

Imigresen checked

Minggu lepas yakni 25 sampai 28 Oct aku dengan en hubby dah fly ke Ho Chi Minh.Al kesahnya lepas tengok majalah tiga dorang gi shopping kat sana macam nak gila aku pun apa lagi start dari situ adegan pujuk memujuk en hubby untuk jenjalan kat sana.Lepas dah dapat green light aku pun mula la buat research...Masa ni dalam hati dah ada taman suka.
tengah tunggu flight sempat en hubby posing

                                                       
update facebook dulu
Aku pilih untuk fly dengan MAS.Sebab utama aku naik MAS sebab harga masa tu pun lebih kurang dengan AA.Lagipun dengan MAS luggage dah automatik untuk 2 orang dah 60 kg.Jadi aku rasa cukuplah kot.. Flight kami berlepas dari KLIA pukul 2.15ptg dan perjalanan hanya sejam 40 minit.Kami sampai sana lebih kurang pukul 4 lebih waktu tempatan.lepas settle imigresen kami bergegas keluar cari teksi.Kami pilih untuk naik teksi Vinasun sebab kebanyakan blog yang aku baca ramai yang suggest ambil Vinasun sebab teksi ni ikut meter betul-betul.And lagi satu korang boleh juga ambil teksi Mai linh warna hijau.Satu experience baru bagi aku setelah jejak kai kat bumi vietnam ni.dari airport ke hotel kami ambil masa kira-kira setengah jam plus dengan jammed.Tambang teksi kami 141000dong (lebih kurang RM 25)Korang tau lah di Vietnam ni kalau jammed bukan sebab banyak kereta tapi motorsikal.boleh dikatakan 90% kenderaan kat sini adalah motorsikal.

Kami sampai ngam-ngam pukul 5 ptg seperti yang aku bagitau dalam email kat pihak hotel.Sampai ja aku disambut mesra oleh receptionist dia.memang peramah.Aku pilih Boss hotel 2 sebagai tempat penginapan aku.Hotel ok-ok saja.Bilik standard tapi kecil sikit.But it still ok.harga semalam USD 22 Jadi total aku 4 hari 3 malam USD 66.Masa check in memang kebiasaan dorang akan minta passport korang.Jadi jangan takut.Lepas check in aku ambil masa untuk rehat kejap.mandi segarkan badan.

Malam lebih kurang pukul 7.30 cam tu aku start teroka tempat makan dan juga yang penting tempat shopping.Kalo korang pilih hotel area district 1 memang dekat lah dengan tempat shopping happening which is Benh Tanh market.Kedai makan halal pun banyak kat kawasan ni.Jadi tak perlu risau.Oleh sebab aku sampai pun dah lewat petang dan masih jet lag aku just jalan-jalan je kat pasar malam Benh Tanh untuk biasakan diri.Sebelum jalan kat pasar malam aku singgah makan malam di Basiroh..Oleh kerana cuaca yang sejuk aku dan en hubby pilih untuk makan pho(sebutan fur) bentuk dia macam bihun sup la.Makanan ni memang famous kat vietnam.Dan sudah pastinya kalau dah sampai Ho Chi Minh kena cuba kopi aisnya.Memang terbaik...Sampai en hubby addict dengan kopi Ho Chi Minh.

dinner 1st day pho, kopi ais and ulam tu utk pho




ricky line dulu untuk malam ni...
More story tentang Ho Chi Minh trip

part 2 HCMC shopping
Part 3 HCMC shopping

HO CHI MINH TRIP-part 2




DAY 2

Hari kedua kat HCM aku dgn en hubby decide nk gi Mekong Delta.Sebab rugi rasanya kalau datang tempat org just untuk shooping tanpa melawat tempat yang best.Kami ambil pakej dengan Hotel.Jadi pihak hotel yang uruskan.Pagi pukul 8 kami dah siap-siap nak gi mekong tour.Travel tour kami dari Tuan Travel seorang USD 15.Pakej termasuk lunch.Tunggu punya tunggu akhirnya datang jugak bas depan hotel.Punyalah sempit bas dia.Ingatkan akan naik bas tu sampai mekong Delta tapi bas tu rupanya untuk kutip orang ja.Then kami dikumpulkan depan office travel tour kami.Di pecahkan ikut tour yang diambil dan naik bas ikut tour guide masing-masing.

jeti mekong


Tour guide kami muda lagi nama Thong.Punyalah kelakar dengar dia bg explaination tentang tour yang kami ambil.En hubby tak habis-habis kenakan dia.Tapi bagus at least dengan penjelasan dia,kami faham serba sikit tentang tour yang kami ambil.Perjalanan ke sana ambil masa 2 jam 30 minit.Ikutkan 2 jam je tapi pertengahan perjalanan bas berhenti kejap.Macam kita lah kat Malaysia bas berhenti kt RNR.lebih kurang macam tu lah.
tour guide kami thong


Sampai je di jeti ada bot besar dah menunggu kami.Rasanya bot tu boleh muatkan 30 org.Experience yang best la.Sepanjang perjalanan tour guide terangkan keistimewaan HCM dan juga negara Vietnam tu sendiri.Hentian pertama kami adalah coconut island.Kat sini kami ditunjukkan cara buat coconut candy secara tradisional dari santan diperah sampailah pembungkusan.No mesin k.semua penduduk kampung buat sendiri.Kami juga diberi tester.memang sedap.masih panas lagi candy tu.Kat sini jugak kita boleh beli coconut candy yang dorang buat.Ada 7 flavour semuanya,original flavour,peanut,ginger,pandan leaves,coco dan juga coffee flavour.Kalo beli dlm ringgit dia jual 6 bungkus  RM 25 tp aku tanya kalau nak beli semua 7 flavour dia ckp 180000 Dong (lbih kurang RM 23rggit lbih)En hubby ckp lebih baik bayar dlm dong kita untung.Kat situ jugak kita boleh tgk dorang buat rice paper.Rice paper ni mcm kulit popia dorang la.
Lepas habis shopping kami di bawa ke kawasan rehat.Mcm restoran.Lunch disediakan di situ.Oleh sebab was-was walaupun dorg serve seafood aku dgn en hubby decide tak ambil lunch.Semua Muslim yang ikut tour tu pun tak ambil lunch yang disediakan.sementara tunggu yg lain makan kami diberi air kelapa sebiji sorang.penghilang dahaga.Nasiblah aku bawak roti dgn biskut sebagai bekal.Dapat la jugak alas perut.Seterusnya kami dibawa ke bee farm.Kat sini kami dihidangkan dengan teh dibancuh dengan madu.dan juga dihidangkan kerepek pisang.Siapa yang minat nak beli madu juga dorang jual.
Perjalanan diteruskan.Tp yang ni trill sikit.Kami dipindahkan ke sampan.1 sampan 4 org.punyalah gabra aku ye lah yang dayung tu org tua kurus pulak tu.tp passanger dia double badan.Dahla lalu terusan sempit.Dalam hati dah ngucap panjang.dalam kepala pulak terfikir kalau la sampan terbalik mcm mana.Tp memang aku tabik spring kat pendayung tu dia pandai balance kan sampan.5 min dlm sampan kami sampai destinasi terakhir.Kat sini kami diberikan untuk merasa buah-buahan tempatan macam longan,betik,tembikai dgn nenas sambil dihiburkan dengan nyanyian yang sangat sedap.
Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.Kebetulan time kami nak balik .Dah la bot kami tu tak de dinding.Memang tempias la.Basah kuyup semua yg dlm bot.Apa lagi sepanjang perjalanan balik semua gigil kesejukan dlm bas.










HO CHI MINH TRIP-part 3


Day 3
Lepas semalam seharian ikut tour gi mekong hari ni lah hari yang ditunggu.Shopping time.Memang sehari suntuk aku perlukan untuk shopping.Hehehehehe.Tapi aku selalu ikut pesan en hubby beli apa yang ada dalam list saja supaya  tak membazir.Kalau ikut hati mmg nk beli semua yg terlihat di mata.
Aku shopping bukan untuk aku saja tp untuk semua ahli keluarga.Antara yang di beli kain pasang jenis coton silk,tudung ala fareeda tu,baju kurung untuk pakai gi kerja,jubah lycra,t-shirt untuk adik-adik aku,untuk abah dan bapa mertua serta biras aku beli t-shirt kolar,handbag untuk adik ipar mak mertuaku dan juga mama ku.Tak lupa untuk nenek aku belikan dia telekung.Untuk officemata aku just belikan dorang fridge magnet.En hubby beli cap,beg deuter,jersey bola Man U,dan clucth.

Antara list yg aku dan en hubby Shopping


*Shawl yg officemate kirim RM 12 sehelai tp cantik beli kt dlm Benh Thanh Market
*Kain pasang 3.5 meter bidang 60 jenis cotton silk RM 20 kt dlm Benh Thanh Market owner nama Lin
*Baju kurung Thai silk sepasang RM 55 penuh manik beli di Rokiah Collection di Taka Plaza
*Baju kurung Vietnam Silk sepasang 45 penuh manik beli di Rokiah Collection di Taka Plaza
*Jubah Lycra sepasang RM 50 penuh manik beli di Rokiah Collection di Taka Plaza
*Tudung aku nasihatkan beli je kat akak-akak tepi jln sebab korg boleh dpt murah mcm aku tudung 3 layer aku dpt sehelai RM 15 je


*Telekung Cotton sepasang RM 30 penuh beli kt dlm Benh Thanh Market kedai telekung ni Lin yg kenalkan kedai kawan dia katanya
*Pashmina officemate aku kirim RM 25sehelai.memang cantik beli kat pasar mlm Benh Thanh
*Fridge magnet rm1 setiap 1 aku dpt.Aku beli 25 jadi total RM25 beli kat pasar mlm Benh Thanh.Yg ni korang kena betul2 bargain sebab mula dorang buka harga kat aku RM 70.
*T-shirt vietnam RM15 sehelai kain gred 1 katanya.tapi memang betul selesa kain cotton dia. beli kt dlm Benh Thanh Market

*T-Shirt kolar RM 20 sehelai. beli kt dlm Benh Thanh Market
*Beg deuter pun en hubby beli kt akak tepi jln yg kecil RM 30 yg besar 60L RM35

*Clutch en hubby RM 40 dr open harga RM80 beli kat pasar mlm Benh Thanh

*Jersey Man U RM 40 dr open harga RM80 beli kat pasar mlm Benh Thanh
*Cap columbia USD 2dr kedai depan Benh Thanh market



Aku just nak kongsi sikit tips la ni pun ikut experience aku
1)Jgn bawak banyak pakaian sebb korg boleh kurangkn ruang nnti balik nak isi byk brg
2)bawak juga sikit bekalan mcm roti,mee segera or biskut.
3)Survey dulu macam mana keadaan sekarg mcm cuaca masa korg nak pergi
4)bawak payung yg boleh letak dlm handbag sebab cuaca kat sana tak menentu.
5)jgn lupa traveller charger.Kat Ho Chi Minh dorg guna 2pin
6)Jgn lupa jugak keperluaan asas mcm panadol,minyak angin dan juga salonpast.Yela kalo nak jadi kita tak tau bila.
7)Kalau boleh korg bawak air kosong yg korg msak sendiri kat hotel sbb ye la tempat org ni kita x boleh jangka
8)Yg ni pun penting.Selalu kena ada wet tissue dlm beg korg sbb kebykan toilet kat sini just sediakn tisu tak de paip k.
9)Selalu berjaga-jaga dengan duit korg.Jgn letak semua duit dlm 1 tempat.Peringtan jugak kalau boleh jgn naik beca sbb dorg akan kelentong korg dgn harga.dan juga jgn benarkan tukan cuci kasut  tepi jln cuci kasut korg sbb  korg kebyakan pun kelentong juga.Mula bgtau harga murah pas siap harga naik berganda mahal
10)Pakai pakaian yg korg selesa dan juga kasut yg selesa untuk jln-jln  supaya korg enjoy the trip
11)jgn ikut peresaan masa shopping.Kalau dpat buat list brg apa yg korg nak beli
12)Kena pandai kira currency exchange.Kalau boleh buat table compare USD dgn RM dan juga VND dgn RM.