JellyPages.com

Tuesday, December 10, 2013

Raya n holiday Sabah

Sebenarnya banyak entry yg nak share tp disebabkan kesibukan byk entry berhabuk dlm draft.Salah satu entry yg aku nak share adalah pengalaman pertama kali jejak kaki ke Sabah.Masa tu raya pertama kali kat rumah in law.Jadi sambil menyelam minum air.Banyak tempat juga aku terokai.
1)jalan-jalan di Tenom.
Di Tenom ni aku sempat visit Kilang kopi Fatt Choi.Kopi Tenom ni mmg the best in Sabah.Even semua family aku pun suka.Then kami ronda-ronda kt Taman pertanian.Tapi nasib tak menyebelahi kami bukan musim buah jadi tgk daun je la.
ni tempat untuk nak rasa kopi dia.

depan pintu masuk taman pertanian

mcm-mcm jnis kopi ada

2)Kundasang.
Kat Kundasang ni aku gi Desa Cattle Farm.Tempat dia sejuk pastu banyak lembu tompok-tompok hitam putih.Terasa macam kat New Zealand lah.Sepanjang jalan kat Kundasang ni ada jual sayur,buah dan juga bunga.Jadi singgah sekejap beli buah.

sis in law,mum in law n me.

sejuk kat sini
jln-jln cri buah

Kat sini  juga ada satu hotel yang ada ladang Strawberi.Tapi masa kami pergi tu strawberi dah habis kena kutip 

3)Gunung Kinabalu.
Hehehehe  sebenarnya bukan mendaki gunung ye.Just duduk kat kaki gunung je.Kalau cuaca cerah boleh nampak puncak gunung. Memang nyaman duduk kat sini.


4)Hari last aku kat KK(Kota Kinabalu)
Kalau kat KK ni mmg tak sah kalau tak gi Gaya Street.Tp kena pergi awal pagi tau.Kat sini ada jual macam-macam ada.Best.
And tak lupa jugak pasar Philippine.Ada jual pearl kat sini tau.
Kalau datang Sabah tak lengkap kalau tak makan seafood.Malam tu kami makan kat Kampung Air.Boleh pilih apa yg korang nak makan.Murah dan fresh.
kami pilih untuk mkn steambot


5)Lepas dinner aku dgn en hubby lepak plak kt Tanjung Aru.Tanjung Aru ni kawasan pantai.Memang best lepak kt sini duk tepi pantai sambil makan chicken wing,jagung bakar.Angin malam sepoi-sepoi bahasa
gerai buah kt Tanjung Aru
Sebenarnya banyak lagi tempat untuk jalan-jalan kat Sabah tapi dek kerena masa tak ckup sampai sini saja.nanti ada tempt baru aku update k.

Bukit Tinggi Anniversary vacation

Tahun ni adalah tahun ketiga aku dan en hubby berkahwin.Untuk anniversary kali ni banyak kejutan yang berlaku....tapi semuanya memberi seribu kenangan yang indah.Sempena anniversary kali ni jugak aku & en hubby planned untuk meluangkan masa bersama.Kami pilih Bukit Tinggi sebagai destinasi kami.Tempat yang memang best.Yang penting memang release tension sebab xde tempat untuk shopping.hehehehe.Kami pilih untuk menginap di Colmar Tropicale.
bangunan di colmar

lorong di colmar

colmar tropicale dr jauh

Kami bertolak dari rumah dalam pukul 11 pagi selepas habis masak untuk bekal tengah hari.Banyak aku baca dalam blog makanan kat Bukit Tinggi ni agak mahal sikit.Sebab tu aku masak sedikit bekal.Dalam kelam kabut nak kejar masa lupa nak beli jajan (mknn ringan untuk supper).
Perjalanan ambil masa lebih kurang 1 jam  lebih untuk sampai ke puncak.Lepas sampai simpang masuk kena daki sikit bukit pendek,  jalan nak atas ni lebih kurang macam jalan ke Cameron Highland.Kebetulan masa kami sampai ujan renyai2.Macam mana nak tau dah sampai?First akan jumpa guard house pertama.Then jalan lagi sampai jumpa guard house kedua.Di guard house kedua kena bayar entrance fee.Tapi kalau kita menginap kat Bukit Tinggi bayaran dah termasuk dalam harga bilik.Kalau tak salah untuk yang datang jalan-jalan saja seorang dewasa RM 16,kanak-kanak lupa plak.
Tempat dia memang cantik.Aku & en hubby just ambil bilik paling murah je.Rate kami dapat masa booking RM284 untuk 1 malam termasuk breakfast untuk 2 org.Bak kata org bila dah masuk kawasan tu umpama masuk ke perkampungan dekat perancis.Building dia semua macam di Perancis.Lepas check in kami rehat sekejap then lunch sebab en hubby dah lapar.Petangnya selepas hujan reda kami curi masa terokai tempat ni.
Tempat yang best tapi kebetulan timing kami tak ngam asyik gerimis saja.Memang tak enjoy holiday kali ni.Walaupun gerimis kami tetap sempat snap-snap foto.Kami habiskan masa jalan-jalan di bawah payung dalam gerimis..cewah....mcm romantik je..







Pilihan restoran memang tak banyak.Adalah dalam 5 ke 6 buah restoran.Tapi memang agak mahal.Kononya kami nak candle light dinner kami pun pilih la untuk makan kat restoran itali.Kami order Pizza dan spageti in clam sauce.





Lepas mkn kami layan show of the night.Malam tu ada persembahan akrobat dari China.Malam kat sini romantik sangat ye la penuh dengan kerlipan neon...Sunyi je sbb kebanyakan kedai tutup pukul 9 gitu.





Hari ke-2 kami decide nak gi Japanese Village dengan Botanical Garden.Dua tempat ni complimentary dengan harga bilik.Lepas breakfast kami dah stand by nak gerak..Walaupun gerimis tteap nak redah jugak.Tapi memang kecewa bila sampai di Japanese village hujan agak lebat.Buggy kami just berhenti di stesen then nak ke Japanese Village kena daki lebih kurang 20 anak tangga then jalan lebih kurang 5 minit dalam keadaan mendaki.Memang penat giler.nasib pertengahan jalan ada pondok.Jadi berhenti berteduh sekejap.Hujan mulai reda kami mendaki semula.Walaupun dalam gerimis akhirnya kami sampai..Memang kawasan yang cantik..seolah dah sampai ke perkampungan tradisional jepun.Dek kerana hujan makin lebat kami batalkan niat nak ke botanical garden.



Lepas turun dari Japanese Village kami siap-siap kemas dan mula bertolak balik.Untuk pengetahuan semua.Selain Japanese Village dgn Botanical Garden ada juga adventure park yakni boleh buat absailing dgn flying fox.Ada juga animal farm.