JellyPages.com

Sunday, August 3, 2014

Bandung Syurga shoppaholic---Bab 3

Ikut tentative yang disediakan oleh aku.cewah...hari ni kami bergerak ke Kawah Putih.Salah satu tempat yang korang wajib datang jugak.Tempat ni macam Tankuban juga tapi yang ni korang boleh turun sampai ke gigi air.Awal pagi kami gerak sebab takut jammed.Bandung ni kalau jammed memang jenis melekat punya tambah hari minggu.Menurut Pak Agus hari liburan aka hari cuti memang jammed giler-giler.Dia cakap orang luar dari Bandung pun ramai masuk.Ke kawah putih harg tiket kalau tak salah Rp 15,000 dan untuk kereta Rp 150,000.Perjalanan ke Kawah Putih lagi mencabar.Jalan sempit sangat dan tinggi kena lalu bukit bukau dia.Mujur sepanjang perjalanan aku tak mabuk.Memang adventure la jalan dia.Kawah putih ni tak de apa pun yang menarik cuma untuk tengok volcano la..Tempat ni lagi sejuk dari Tangkuban Perahu.Jadi dinasihatkan bawak sweater dan pakai lah pakaian yang sesuai.Selepas sampai pos bayar tiket kami berhenti sekejap untuk rehatkan enjin kereta.Dalam harga tiket tu memang dah termasuk minuman kita di pos sementara.Disebabkan sejuk jadi kami pilih untuk minum teh panas.Kata Pak Agus rehat dulu sebab masih jauh perjalanan.
terlampau sejuk sampai macam nak beku sudah.
Then kami pun proceed.Separuh jalan Pak Agus bukak tingkap kereta sebab untuk lebih pick up pada enjin.perhh...memang sejuk dan segar je udara dia..
bau ammonia agak kuat.Sapa yang tak tahan ada jual mask.
Kami tak lama di Kawah putih sebab bosan kata encik hubby.sejam lebih je kami kat sini.Semasa turun dari kawah putih banyak kebun strawberi.Aku minta Pak Agus singgah .Memang murah tau strawberi.mungkin sebab ramai yang punya kebun kot.Aku beli sekilo lebih strawberi baru RP 75.000.Balik hotel encik hubby siap pergi mall yang attach dengan hotel kitarang beli chocolate sauce untuk makan dengan strawberi.
yng warna itam tu kenderaan rasmi kami di Bandung

Comel kan strawberi 

Kutip jangan tak kutip.Yang belakang tu la Pak Agus yang sporting

encik hubby asyik selfie je tak nak tolong kutip

Lepas petik strawberi kami ke Cibaduyut.Tempat ni terkenal dengan barangan kulit.Macam beg,kasut dan juga tali pinggang.Just cuci mata je kat sini sebab tak ada yang berkenan di hati.Hari ni pun makan lunch di Saung Mang Enking.Tapi di cawangan lain.Tapi sebelum lunch kami singgah di Kopo.tempat ni memang tempat borong kain.lagi bertambah nyesal aku shopping kat Pasar Baru sebab sini lagi murah.Sepasang kain harga lebih kurang Rp30,000 je..Tapi aku beli jugak la 5 pasang kat sini.untuk buat baju gi kerja.Datang Bandung kena beli pisang cheese jadi kami gi beli pisang cheese dan jajan lain untuk bawak balik. Kat tempat memang dorang proses.Aku beli pisang cheese,pisang salai madu,nabati corn cracker(terbaek) dengan tempe goreng.

Habis lunch kami ke Cihampelas.Kat sini nak beli jeans pun murah.Tapi kami sekejap je kat sini sebab dah kepenatan.Encik hubby just beli baju batik indonesia je kat ni.Sebelum balik hotel Pak Agus bawak kami ke Parfum collector.Memang gila gak datang sini.Boleh beli perfume murah tapi 95% bau macam ori...berbaloi la jugak.Apa lagi aku sambar 5 botol.Iku saiz.Aku ambik yang harga Rp 8,000 kot kalau tak salah aku.

Naik gila tengak kain di Kopo ni.Yang aku pegang tu  tudung




Hadapan Cihampelas Walk tunggu Pak Agus
Malamnya kami dinner di bilk je.Dinner pun encik hubby beli tepi jalan je.Nasi goreng orang miskin nama menunya.Sebab nasi goreng tu letak inner part ayam.Ada rasa la.Maybe sebab lapar kot.

Hari last kami check out awal.Encik hubby konon nak gi cari barang-barang cycling.Tapi sayang banyak kedai belum bukak.Nasib baik jugak ada kedai-kedai kecik tepi jalan jual barang basikal dah bukak.Apa lagi naik gila la.Dia sempat grab helmet jenama nuke head,cycling jersey.Lepas tu kami beli ole-ole kat Kartika Sari.

Dari Kartika sari Kami gi airport.Sampai awal kat airport.Tapi dia ada golden lounge sorang Rp75,000 tempat selesa.tak payah nak berhimpit bersesak.Lepas check in luggage kami lepak kat situ.Dah la tempat selesa.Makanan pun ada korang boleh makan sampai kenyang.WIFI pun laju.Sampai masa flight korang, dorang akan panggil.Cop imegresen pun dorang yang buatkan.memang macam vvip la layanan dia.
nilah golden lounge dis.selesa sangat

hasil pembelian kami



Bandung Syurga shoppaholic---BAB 2





Hari kedua kami di Bandung kami decide untuk pergi Tangkuban Perahu.Memang tak sah korang datang Bandung tapi tak datang sini.Tangkuban perahu ni tempat gunung berapi.Masih aktif ok.Kalau dari bandar lebih kurang 1 jam la perjalanan.Harga tiket untuk pelancong Rp 75,000 seorang dan kereta kalau tak salah aku Rp6000 untuk parking.
berlatar belakang kan kawah gunung berapi

Kawasan dia macam memanjang.agak penat jugak la kalau berjalan

Ada juga tempat beli buah tangan dan harga pun agak murah kalau compare korang beli kat bandar

walaupun masih pagi tapi tengok keadaan sudah penuh dengan orang
Hampir tiga jam jugak kami kat sini.Turun dari tangkuban perahu kami pergi lunch.Hari ni Pak Agus bawak kami makan di Restoran Saung Mang Enking.Memang on the way nak balik bandar.Kami order set lunch untuk dua orang.Set dia ada nasi putih yang memang wangi dan nasi dia pun macam pulut sikit,lauk dia ada kangkung goreng belacan,gurame cicip pedas,udang manis pedas,teh sosro .Teh sosro ni memang ada di Indonesia je tau.Gurame pun memang makanan wajib korang cuba.
Selfie sementara tunggu makanan

jemput makan ni la lunch kami terbaik....

tempat makan dia memang private.macam pondok.tenang je kalau nak menikmati makanan

ni lah teh sosro.

Balik ke bandar kami shopping lagi di Rumah mode dan factory outlet yang berada berdekatan.Dekat Rumah Mode aku just teman encik hubby shopping.dia beli kemeja untuk pakai gi kerja dan juga slack kerja.Habis shopping kami pergi dinner di mas giri.Lunch dah kenyang sangat jadi dinner kami tak makan nasi.Kami order iga bakar,sate iga dan juga chicken chop.marvellous makanan dia.
Sate Iga

Iga bakar
chicken chop
menu booklet



Mesti korang tertanya kami ni tak breakfast ke.Jawapannya memang gila kau tak breakfast.Kami decide tak nak ambil breakfast kat hotel sebab memang dah tau apa makanan kalau breakfast kat hotel.Jadi encik hubby cakap apa guna datang negara orang tapi tak selami culture dorang.hari pertama breakfast tu just ricky line dulu.Mula-mula aku agak sceptical sebab banyak aku baca dekat blog elakkan beli makanan yang dorang jual tepi jalan sebab kotor.Ye la kenderaan lalu lalang.asap habuk segala macam la.Sambung.Aku pun tak kisah la dah encik hubby cakap macam tu.ikut je.first day tu kami just beli kuih muih je.Tapi yang best ada mak cik jual air tu semua air dia 3 in 1 punya.Boleh minta dia bancuhkan ataupun korang beli bancuh di hotel.Aku dengan encik hubby beli cappucino.sedap tau.Kuih yang kami beli pun sedap.Jadi aku tak kisah dah hari kedua beli breakfast tepi jalan.Hari kedua dengan ketiga encik hubby beli nasi uduk ataupun nasi kuning.Rasanya macam nasi lemak la tapi berempah.Sebab rindu nasi lemak jadi encik hubby modified nasi uduk jadi nasi lemak.Dia minta letak sambal,kacang goreng,timun dan telur.Memang kenyang sampai lunch.




Bandung Syurga shoppaholic-----BAB 1

Hari ni baru berpeluang nak update blog y'all...Entry nk memang lama dah nak letak tapi asyik tak de kesempatan.Kali ni just nak share pengalaman aku holiday di Bandung.Aku ambik peluang cuti Good Friday sampai Easter Monday untuk go holiday...Al maklumlah kerja dengan company orang putih jadi cuti pun kena la ikut dorang.

Trip kali ni aku ambik pakej Air Asia..Flight ticket sekali dengan hotel..Memang berbaloi.tapi korang kena tengok jugak tak selalu AA offer harga berbaloi.kalau short vacation aku suggest ambil flight paling awal sepaya korang tak rugi masa...Macam aku kalau tak silap aku ambil flight pukul 6.45 pagi.perjalanan ke Bandung ambil masa lebih kurang 1 Jam 50 Minit.Oleh kerana flight awal jadi aku ambil breakfast dalam flight je la in case nanti lapar...
walaupun awal pagi tapi memang ramai orang di LCCT
breakfast hubby
breakfast aku(tersalah pilih sebenarnya tapi makan je la)
Menuju ke flight kami
Kami selamat landing di Bandung airport lebih kurang pukul 8.30 pagi waktu tempatan.Lepas pemeriksaan Kastam dan ambil luggage konon nak rehat jap tup tup keluar je memang driver kami dah tunggu .selepas kami decide nak holiday, aku terus buat survey untuk transport,makan dan sebagainya.Tapi aku memang recommend kalau korang perlu transport korang boleh check kat sini Hayuka Bandung.Service dorang memang superb.Dan yang paling penting memang murah compare dengan yang lain.

Disebabkan  check in  pukul 2 petang supir kami Pak Agus cadangkan  ke Pasar Baru untuk buang masa dan cuci mata.Aku ni cecah je  tanah Bandung ni memang dah on mood shopping apa lagi terus ok.
Pandai betul akak ni pujuk aku

Akibat terlampau ikut nafsu, aku habis lebih kurang 2 juta lebih kat sini (Rupiah ye bukan RM).apa lagi bising la encik hubby mana tak nya sampai tak terkawal dan memang jauh dari budget.Tapi aku terima teguran itu sebab memang salah aku.Ye la sampai je terus aku lupa apa yang patut kena buat.Aku nasihat kat korang jangan termakan pujuk tapi kalau korang memang betul-betul berkenan bargain habis-habisan.Lepas selesai pembelian penyesalan aku,kami bergerak pula ke Toko Tiga.Kat sini memang best kalau korang nak beli jeans.Murah dan berbaloi.Kat sini plak encik hubby nyesal sebab terlampau nak cari yang murah tapi berkualiti at last sampai balik Malaysia dia tak terbeli sehelai jeans pun.Kat Toko tiga ni aku beli baju untuk pakai keesokkannya sebab memang dalam luggage aku bawak  just keperluan asas dan juga pakaian dalaman.Aku dan encik hubby beli baju Hard Rock.sehelai tak salah aku lebih kurang RM 15.Selesa.Then aku beli jugak baju untuk adik-adik aku.Kalau nak beli t-shirt kat sini memang ok.
Toko Tiga ni terletak di tengah blok bangunan.



Settle semua aku dengan encik hubby decide nak pergi lunch sebelum check in hotel.Pak Agus bawak kami ke Restoran Belachan.First time makan masakan indonesia memang sedap ar..or maybe kami tengah lapar kot.Kalau korang ambil supir korang tak perlu risau nak makan kat mana sebab pak-pak supir ni dorang memang dah ade tempat makan tersendiri.Ye la maybe dorang bawak orang makan kat restoran yang dorang suggest dorang dapat sikit tips dari owner restoran.Tapi kalau korang memang dah de spesific list kat mana korang nak makan just bagitau je.Bagi aku tak kisah sebab makanan kt Bandung ni memang sedap dan harga berpatutan.

signage restoran belacan

Minuman wajib cuba di Bandung-Jus alpukat aka jus avocado.
Habis lunch kami minta Pak Agus bawa kami untuk check in.Oleh sebab aku dah ambil pakej flight ticket plus hotel jadi bilik memang dah confirm ada.Tapi pakej ni tak termasuk breakfast ye..kena ingat tu.
IBIS Bandung Trans Studio

Bilik kami.memang terbaik toq...
Petang tu lepas rehat dan mandi manda kami sambung shopping lagi di jalan Riau.Bandung ni memang terkenal dengan factory outlet.Rambang mata la kalau korang nak shopping.Siap boleh gila lagi sebab tak tau mana satu korang nak masuk dulu...Dari hilir dan hulu Jalan Riau penuh F.O.Kebetulan semasa kami di sana waktu petang je asyik hujan.Jadi better sediakan payung sebelum hujan.kalau korang terlupa payung pun tak yah risau sebab asal hujan je memang payung boy tetiba muncul offer korang untuk sewa payung.satu payung RM 10 juta.Sebelum balik hotel kami dinner dulu.Pak Agus bawak kami makan masakan padang di Restoran Sederhana.Ni nama restoran ye bukan restorang tu sederhana.Makan kat sini korang just bayar apa yang korang makan je.Sebab masakan padang ni dorang akan bawak semua lauk yang dorang sediakan dalam mangkuk yang kecil jadi korang pilih lauk apa yang korang nak makan yang tak nak korang letak tepi jangan sentuh langsung.dorang akan kira walauapun korang sentuh tapi tak makan.


Ikuti journey aku seterusnya di bandung untuk hari-hari berikut

Bab 2
Bab 3


Thursday, March 13, 2014

Konvoi Berbasikal Hari Wilayah 9 Feb 2014

9 FEB ari tu aku dan en hubby join konvoi berbasikal sempena Hari Wilayah dan juga Tahun Melawat Malaysia.Memang en hubby sendiri cakap “kita ni nak jogging malas jadi apa kata kita cycling?”
Bila difikir balik betul jugak.Dan bermula daripada situ lah aku dengan en hubby mula cycling.Alhamdulillah sampai saat aku tulis blog ni kami masih lagi berbasikal tp 1 2 minggu ni kurang sikit sebab jerebu.
Berbalik ke Konvoi Berbasikal,route dia memang panjang.Buat beginner macam aku ni memang nazak jugak la nak habiskan.55km lebih u olls.Flag off kat Putrajaya pukul 8 pg then berbasikal sampai stadium Bukit Jalil then patah balik ke Putrajaya.route kami ikut SKVE then masuk silicon Highway masuk Serdang jaya lalu depan Astro bagai.Kalau ikut aku memang tak termampu nak habiskan malah nak sampai Bukit Jalil pun mungkin berfikir panjang.Ye la mana tak cukup latihan.Tau-tau nak join cycling yang jaraknya memang boleh buat orang terkejut la.Tapi aku bertuah sebab ada suami yang sentiasa bagi semangat pada aku untuk habiskan.Ada masa juga dia tolak aku dari belakang supaya aku mampu mengayuh.Tapi perjalanan balik dari Bukit Jalil ke Putrajaya memang aku dah kehabisan tenaga.Mana matahari mencacak atas kepala lagi.Tapi aku gagahi juga

Pada akhir tenaga aku memang aku dah tak termampu nak habiskan sampai ke garisan penamat.At last aku dan en hubby berhenti dan tunggu lori datang angkut basikal.Tapi aku memang masih tak percaya aku mampu habiskan 50 km lebih..
En Hubby

akhirnya sampai di Bukit Jalil

Me and En hubby

Part of MCT (MQA cycling team) yg sampai Bukit Jalil

Saturday, January 11, 2014

2014 lembaran baru


Aloha,Rasanya tak terlambat nak ucapkn selamat tahun baru.Baru 11 hari kita melangkah ke tahun baru.Jadi apa perancangan kita untuk tahun baru ni.Bagi aku seperti biasa la menjalani kehidupan ikut flow la.malas nak rancang-rancang sebab takut kadang-kadang kita ni merancang yang terlampau tinggi dari kemampuan kita.


Cuma 1 yang aku harapkan di tahun ni mudah-mudahan aku akan di beri rezeki yang bertambah dari tahun lepas supaya aku dapat membahagiakan orang di sekeliling aku.jadi aku juga nak berkongsi pada sesipa yang rasa nak berkongsi something boleh lah singgah kat blog aku.Insyaallah mungkin kita boleh berkongsi sesuatu.Sharing is caring

Hope

Smiles from the threshold of the year to come, 
Whispering 'it will be happier'...”