JellyPages.com

Thursday, March 13, 2014

Konvoi Berbasikal Hari Wilayah 9 Feb 2014

9 FEB ari tu aku dan en hubby join konvoi berbasikal sempena Hari Wilayah dan juga Tahun Melawat Malaysia.Memang en hubby sendiri cakap “kita ni nak jogging malas jadi apa kata kita cycling?”
Bila difikir balik betul jugak.Dan bermula daripada situ lah aku dengan en hubby mula cycling.Alhamdulillah sampai saat aku tulis blog ni kami masih lagi berbasikal tp 1 2 minggu ni kurang sikit sebab jerebu.
Berbalik ke Konvoi Berbasikal,route dia memang panjang.Buat beginner macam aku ni memang nazak jugak la nak habiskan.55km lebih u olls.Flag off kat Putrajaya pukul 8 pg then berbasikal sampai stadium Bukit Jalil then patah balik ke Putrajaya.route kami ikut SKVE then masuk silicon Highway masuk Serdang jaya lalu depan Astro bagai.Kalau ikut aku memang tak termampu nak habiskan malah nak sampai Bukit Jalil pun mungkin berfikir panjang.Ye la mana tak cukup latihan.Tau-tau nak join cycling yang jaraknya memang boleh buat orang terkejut la.Tapi aku bertuah sebab ada suami yang sentiasa bagi semangat pada aku untuk habiskan.Ada masa juga dia tolak aku dari belakang supaya aku mampu mengayuh.Tapi perjalanan balik dari Bukit Jalil ke Putrajaya memang aku dah kehabisan tenaga.Mana matahari mencacak atas kepala lagi.Tapi aku gagahi juga

Pada akhir tenaga aku memang aku dah tak termampu nak habiskan sampai ke garisan penamat.At last aku dan en hubby berhenti dan tunggu lori datang angkut basikal.Tapi aku memang masih tak percaya aku mampu habiskan 50 km lebih..
En Hubby

akhirnya sampai di Bukit Jalil

Me and En hubby

Part of MCT (MQA cycling team) yg sampai Bukit Jalil