JellyPages.com

Tuesday, September 15, 2015

Jalan-Jalan Melaka Bandaraya bersejarah

Melaka ni boleh dikatakan favourite spot untuk jalan-jalan.bukan sebab suka tengok bangunan yang bersejarah tapi dari segi makan pun sedap.first time pergi Melaka konon-konon short honeymoon la back to 2010.Waktu tu krismas.Memang ramai la cuti sekolah.Then kali kedua waktu in law datang.So tak tahu nak bawak ke mana akhirnya Melaka jadi pilihan.Dan yang terbaru cuti sekolah tahun lepas waktu family aku sendiri datang jadi adik-adik aku tak pernah pergi Melaka jadi lagi sekali melawat Melaka.
part of my family
kota famosa
abah dah madam tourist guide
depan muzium samudera
shopping time
Walaupun boleh di katakan banyak kali pergi Melaka aku masih tak berkesempatan nak naik Menara Taming Sari.tengok dari bawah macam best.next time pergi nak kena cuba jugak.Spot yang asyik duk ulang macam medan samudra.tak kira la in law ke family aku ke memang kaki shopping.jadi apa lagi banyak la yang di kendong untuk bawak balik.Kalau part yang muda-muda ni kami pergi Muzium yang bentuk kapal tu then muzium yang berantai dengan tiket tu la.
Paling aku enjoy baby makan la.Restoran yang selalu jadi pilihan setiap kali datang melaka adalah restoran selera kampung.memang best makan kat situ.Tapi kena bersabar sikit la if pergi waktu makan tengah hari kena tunggu giliran untuk dapat meja.

Sebenarnya banyak tempt kat Melaka untuk jalan-jalan antaranya:
1)Menara Taming Sari
2)Melaka river cruise-malam lagi best
3)Jonker Street.ada 1 kedai chicken rice ball halal kat sini.
4)A Famosa resort
5)Rumah terbalik Melaka
6)Muzium Baba Nyonya
7)Pantai Klebang-famous dengan coconut shake

Tempat makan pun banyak.Antaranya:
1)Asam Pedas Selera Kampung Sdn BhdNo. G2, Jalan PM3, Mahkota Square, Bandar Hilir, 75000 Malacca


2)Gerai Makanan Perhentian Kuih KampongUjong Pasir Melaka 75050 GPS:2.1823781 , 102.2891314


3)Medan Ikan Bakar Muara Sungai DuyungKM 4-5, Jalan Padang Temu,Permatang Pasir, Melaka  
GPS Coordinates: N 2 11.166, E 102 16.997


Monday, September 14, 2015

Family Vacay-Langkawi

Assalamualaikum,
Fuh hampir beberapa bulan tak update blog ni...nasib masih ingat password.Hahahaha

Okay malas nak mukadimah panjang.Kali ni nak cerita pasal family vacay aku ke Langkawi permata Kedah.Dah lama plan dengan adik-adik aku nak bawa mama dengan abah pergi holiday.Ye la  lagipun bila lagi nak gembirakan orang tua.Ni lah masanya.Plan punya plan akhirnya masa yang dinanti sampai.
lambang Langkawi

3 April kami bertolak awal.Walaupun Sungai Petani dengan Kuala Kedah tak jauh tapi kami plan nak ambil feri awal sikit jadi bila sampai tak kelam kabut nak pergi sembahyang Jumaat.Sampai Kuala Kedah parking then terus beli tiket feri.Feri kami pukul 9 pagi.Perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam.Feri berlabuh di Jeti kuah pukul 11 pagi.Settle semua tunggu pula van.
Jeti Kuala Kedah

Aku decide nak ambil van sebab senang lagipun keluarga kami 'besar'.Walaupun kuantiti cuma 7 orang.Last minit adik no3 yang sponsor van ni tak dapat cuti.Aku ambil van dengan En.Zaini.Sapa berminat or nk survey harga boleh contact En. Zaini : 012-5275019.Van memang tip top.Lepas ambil van kami terus pergi makan.Aku decide nak makan di Wan Thai.Baca review dari blog lain semua rekomen restoran ni.Jadi aku pun cubalah.Makanan ok la.tak de yang gempak sangat pun.Standard restoran thai.Tapi ada taste.Lepas makan kaum Adam pergi solat Jumaat.Sempatlah aku dengan mama berehat sambil hilangkan mabuk laut.Dalam pukul 3 cam tu kami gerak ke Pantai Cenang.Aku dah booking Malibest.Review cakap tempat dia best.Sampai Malibest punya la ramai orang.Aku book 3 bilik Alhamdulillah dapat building baru.Aku dan family la yang rasmi.Kebetulan bilik baru tak pernah guna nak masuk tak boleh pulak.Kunci ketat tak dapat buka.Daripada 3 bilik 1 saja kami boleh masuk yakni bilik aku.Sementara tunggu maintanance datang semua mastutin kat bilik aku.Service kat Malibest ni aku boleh cakap slow.Dari receptionist sampai la in house service.Lepas masuk bilik masing-masing baru la lega tengok pemandangan laut membiru.Sejuk terus hati yang panas sebab service dorang.Lepas rehat kami decide nak pergi survey harga barang kat pekan Kuah.Dari 1 kedai ke 1 kedai kami masuk.Aku dengan mama apa lagi survey pinggan mangkuk la.Adik aku yang paling bongsu survey coklat.Siap listkan nak lagi kat kawan-kawan.Then malam tu kami dinner ala kadar je kat food court depan HIG kompleks
Malibest-pemandangan dari bilik kami

Hari kedua memang semua excited nak pergi Island hoping.Aku decide ambil 1 bot senang tak yah kogsi dengan orang lain.1 Bot harga dia RM 250 ni pun ambil atas rekomen en.Zaini.Driver bot kami memang the best la.Adventurous lagi tu.Lpas balik dari Island hoping kami rehat jap malas nak kuar pergi lunch jadi order pizza je.semua dah keletihan.Kebetulan mama dengan abah tak join island hoping tapi dorang pergi dating berdua,Habis 1 pulau dorang tawaf.Plan nak pergi kilang gamat sama-sama tapi mama dah pergi siap dah beli pun minyak gamat jadi melepas la aku nak pergi tengok and try celup tangan dalam minyak yang tengah mengelegak.Petang tu lepas rehat kami meneruskan acara untuk ke Sky Cab.Sampai lebih kurang pukul 3 gitu.Punya la ramai orang tengah berbaris nak beli tiket.Bincang adik beradik kami decide untuk ambil lane VIP.Malas nak tunggu punya pasal.Tapi memang berbaloi habis.Kami 5 orang ambil gondola lantai berkaca total RM450 kalau tak silap.Tapi best x payah tunggu lama-lama.Setiap station kami deberi jalan dulu naik gondola.Maklumlah VIP.heheheheMalam tu kami dinner kat Haji Ramli.Reveiw cakap restoran ni best tapi biasa je.Kategori aku tak seberapa sedap la..
Pulau Beras Basah
Berenang kat Tasik Dayang Bunting
Island Hoping the best
cable car
Gunung Mat Cincang
Last day kami check out awal.Sebab Malibest tk provide brakfast jadi sepanjang 3 hari kami kat Langkawi kena merangkak cari breakfast sendiri.Lepas check out apa lagi shopping sampai muntah la.Then pergi makan tengahari kat 1 restoran ni.Memang terbaik banyak lauk-lauk kampung.Sedap dan paling penting murah.Oleh sebab keadaan kesihatan mama tak mengizinkan jadi kami tak survey banyak kedai pun.Park van kat kompleks HIG terus shopping kat situ je.Senang.Kawasan luas aircond lagi.Shopping punya shopping sampai x ingat dunia.Lepas shopping baru terfikir macam mana nak angkat semua barang naik feri.Pastu lepas ke kastam...Sampai kat jeti kuah sambung lagi shopping coklat.Tiket balik pukul 2 lepas semua puas hati masuk la kat tempat menunggu.Nasib baik lepas kastam sebab kalau ikutkan sikit je barang kalau dibahagikan kepada 8 orang.Nasib baik lagi feri balik ni agak besar dan luas.Jadi terjamin la tempat barang luas.Sampai Kuala kedah decide plak alang-alang sampai nak try jugak laksa famous tu.Jadi pergila teluk kechai.The best laksa ever...Sampai sekarang termimpi-mimpi.
Hasil selaman kat Langkawi

Overall memang best and puas hati vacation kali ni.Semua orang balik dengan muka tersenyum.InsyaAllah hujung tahun ni bawak family in law pula.



Thursday, February 5, 2015

Kek kesukaan Aku

Hi semua,Kali ni aku nak kongsi sesuatu dengan korang.Just nak tolong promote cousin aku.Dia ni memang pandai buat kek.Jadi kalau sesipa nak order kek untuk sebarang acara bolehla contact dia.Selain tu dia jugak ada buat candy table dan doorgift untuk private party.So kepada sesiapa di KL ni nak cuba homemade cake and memang untuk acara korang boleh la contact dia.IG dia cake village.Jom layan masterpiece dia.Kalau korang nak rasa kek dia  boleh drop by di espressolab taman melawati..

sweet table untuk baby shower

candy table until birthday

sample of cake

cupcake

theme birthday cake

goodies bag

some of her masterpiece yang paling best sticky date

theme birthday cake


Saturday, January 24, 2015

Caliph Buskers and busker community

Salam korang sorry tahun lepas agar menyepi skit...busy dengan hal-hal semasa.Hopefully this year boleh la selalu update blog maybe sebulan sekali ke...tp tgk juga kalau ada entry yang best bleh la kongsi dengan korang....so apa azam korang tahun ni...

Just nak share sikit.Baru-baru ni lepas AJL(anugerah juara lagu)nama Caliph buskers terus trending...Walaupun dorang kurang upaya tapi suara dorang memang meremang bulu roma.Pernah aku tengak persembahan dorang area sogo...Maklumlah aku ni kaki sogo jugak.Tapi kebetulan waktu tu temankan aunty shooping kat area situ.punya best caliph buskers nyanyi lagu Hotel california.
Aunty aku siap tanya artis mana tu yang buat persembahan.Sebenarnya komuniti buskers ni suara dorang memang terbaik..Tak dapat nak sangkal kadang-kadang tu suara dorang lagi best dari established artis...Ada juga aku experiance tengok 1 group busker kat Melaka...punyala power suara uncle tu.So korang jangan la pandang rendah kat busker-busker ni..Dorang ni nyanyi kadang-kadang untuk isi masa lapang je sambil-sambil cari side income...selalu banyak orang buat busking kat Central market,area sogo pun ada gak.Nama genji husker pun famous gak kalau kat kl ni...

Apa yang aku cuba nak sampaikan kat sini adalah kita kena menghormati sesama kita dan jangan sia-siakan bakat korang...So cuba dari sekarang kita fikir sebenarnya apa yang kita pandai buat.Mana tahu mungkin dengan bakat yang kita da sebenarnya boleh menjadikan kita kaya ataupun orang terkenal suatu hari nanti.

Ni la a few busker yang aku suka tengok.

busker kat melaka A famosa
ni lagu aku paling suka caliph busker nyanyi
Genji busker