JellyPages.com

Sunday, October 16, 2016

Epul Mira Sabah holiday-Part 4

Lepas berehat 1 hari hari berikutnya kami ke kundasang dan Ranau.Tapi cuaca hari tu tak seberapa bagus.Dari awal pagi hujan.Tapi kami tak patah semangat.Dalam pukul 8 kami bergerak.Kami singgah breakfast di Tambunan.Ada satu tempat makan best kat tambunan.Dari Keningau ke Tambunan ambil masa 2 jam.Nama restoran tu adalah restoran Ikmal.Mee rojak dia the best.Lepas sarapan kami meneruskan perjalanan.Fuh memang mencabar jalan dia.Banyak kerja-kerja pembinaan jalan dan juga jalan dia yang sempit.Ditambah dengan hujan lagi memang menakutkan.cuma berdoa je la semoga semuanya selamat.1 jela yang tak best di Sabah ni dari 1 tempat ke 1 tempat memang jauh pastu dorang tak de RNR macam kita di semenanjung.Nak dijadikan cerita dah la lepas breakfast hujan kat luar aircond pun sejuk jadi aku ni rasa nak terbuang air.Tengok sing board macam dah nak sampai.tapi hanya Tuhan je tahu betapa aku rasa lambat sangat.Dah la tu petrol station pun tak ada ok.Oleh sebab dah tak tahan sangat minta la en hubby carikan tempat yang sesuai.Dia cakap tunggu tengok-tengok kalau ada kedai makan singgah,kedai tu banyak tapi semua tutup.Dah tak tahan sangat singgahla kt 1 kedai jual buah ni.Tanya ada tak tandas,dia siap bawak gi tandas rumah dia.Baru lega nak teruskan perjalanan.Tempat pertama kami pergi kat kundasang ni apa lagi kedai jualan yang tepi-tepi jalan tu la..banyak sayur-sayur yang fresh dari ladang.Buah-buahan dia yang tak pernah aku tengok dan dengar pun ada.Apa lagi setiap seorang kami borong la.

Then kami teruskan ke desa Cattle.Wow tempat dia dah cantik sekarang tak macm aku pergi duli.Oleh sebab nak tengok sesi perah susu lembu pukul 2 petang kami pun lepak la sekejap sambil makan-makan gelato perh memang terbaik la gelato dia terbaik dari ladang.Hujan-hujan kena plak dengan pizza dia yang panas-panas lagi terbaik la.sekarang selain dari susu dia yang famous tu korang boleh juga beli cheese dorang buat sendiri,yogurt pun ada dengan dadih.Mum in law pun apa lagi borong la.Aku just beli fridge magnet je.Lepas makan kami ke sesi perah susu lembu.Memang fully trained lembu dia semua.Masuk ikut giliran tak berebut pun.Lepas dari Desa Cattle kami pergi melawat Kiram's village.Saja pergi tengok mana tau next vacation boleh nginap sana.Alhamdulillah hujan pun dah berhenti.Lepas dari Kiram village kami ke Kinabalu parkNak masuk Desa Cattle dewasa RM 5 Budak-budak RM 4.Nak masuk Kinabalu park pulak entrance fee dia dewasa RM 3 kanak-kanak RM 1.Tapi disebabkan baru lepas hujan suhu dia tersangatla sejuk.Menggeletar kami semua.Tak sampai 5 minit kami decide untuk keluar.Lpeas dari situ kami pergi memborong durian Ranau.Sebelum bertolak balik kami dinner siap-siap di Ranau.





Saturday, October 15, 2016

Epul Mira Sabah Holiday-Part 3

Lepas dari kejadian di KK kami tak putus asa untuk teruskan holiday.Jadi hari berikutnya kami ke Tenom.Tempat yang wajib aku pergi kalau balik Sabah.Tenom terkenal dengan kopinya.Jadi apa lagi shopping la beli kopi untuk bawak balik sebagai cenderahati.Kopi Fatt Choi ni memang terbaik.Sekarang tempat dia lagi best dia siap buat cafe untuk korang lepak rasa kopi dia sambil membeli kopi.
welcome to Tenom

bersih dan best masuk terus bau kopi
beli jangan tak beli


Lepas dari Kilang Fatt Choi kami singgah di Pusat Kebudayaan Murut.Luas tempat dia tapi sayang tak diselanggara dengan baik dan juga tidak dipromosikan untuk pelancong.Banyak rupanya yang aku tak tahu..Kat sini la en hubby menunjukkan kepakaran mengetuk gong,selain kita boleh cuba alat-alat mainan dia.Yang paling aku suka dia punya lansaran.Ala macam trampolin.Nak masuk pusat kebudayaan ni kena bayar ok.Dewasa RM 5 .Banyak juga tinggalan sejarah yang aku baru belajar kat tempat ni.Tapi ada 1 section tu yang paling seram.Kawasan tajau.Siap orang yang jaga kat situ cakap kanak-kanak tak dibenarkan dan juga siapa yang tak kuat semangat juga tak digalakkan.foto pun tak boleh ok.Aku dah cuak..Naik je dah meremang bulu roma tapi aku diam je.Terus jalan sambil-sambil tengok.Pertama naik aku dah terpandang ada 1 tajau besar siap kena ikat kain merah dengan kuning.Pastu macam ada bau semacam.Oh ya tajau ni macam tempayan ye.satu-satu tajau aku tengok kebanyakan dorang guna untuk buat tuak dan simpan barang.Last sekali baru la aku sampai kat tempat tajau yang gerun tu.Lepas belek-belek rupanya tajau yang gerun tu tempat simpan mayat..Ko rasa..OMG.tapi sebelum sampai tempat ni dorang dah buat upacara untuk pindahkan.Tapi still terasa kot...Tapi satu pengalaman yang best la.

pintu masuk








Esoknya kai rehat kat rumah je..basuh baju yang mana patut.Tapi hari berikutnya yang paling best tunggu ya part terakhir aku holiday di Sabah.

Epul Mira Sabah Holiday-Part 2



Hari ketiga di Sabah checkout Cititel then tunggu family in law datang pick up.Dalam pukul 1 lebih dorang sampai.Then terus kami pergi check in Marina court Apartment untuk 3 madam berikutnya.Sebelum ni kalau holiday kat KK Tabung Haji Hotel jadi pilihan.Tapi kali ni kami pilih Marina Court.Kenapa pilih Marina Court?

1)Apartment ada 3 bilik jadi macam rumah sendiri la.
2)Boleh masak sendiri cuma beli barang masak je
3)Ada swimming pool.Ni yang anak bush aku such sangat.
4)Yang penting dekat dengan tempat makan.

Lepas Check in kami makan-makan dulu.Then uncle yang tinggal kat KK datang borak-borak ingatkan swimming pool boleh guna tapi sedih pulak dorang tengah cuci and buat maintenance sikit.
Alang-alang dah turun pergi la tengok gym.Tapi sedih gym tak seperti yang digambarkan dalam internet.Alatan semua dah berkarat dan banyak yang dah rosak.Pastu alat pun x banyak.

Lewat petang tu bawl mum in law pergi shopping barang basah sebab esok pagi plan kami nak pergi picnic kat Pulau Manukan.Malamnya pula untuk dinner kami decide nak makan kat Puteri Kitchen Sembulan.Best tempat dia,menu dia ala-ala shell out.Memang recommended kalau korang datang KK memang kena cuba tempat ni.
Puteri Kitchen @Sembulan


Tengah tunggu bot
Muka puas walaupun penat.
Esoknya awal pagi kami dah gerak ke Jesselton Point.Sebab kami ramai jadi kami charter 1 bot.selain untuk keselesaan kami sendiri.Kebaikannya charter bot ni korang boleh pilih bila korang nak gerak and bila korang decide nak balik.1 bot charter RM 200.Kami sampai awal di Pulau Manukan jadi senang la nak pilih port yang baik untuk picnic.Aktiviti kat Pulau Manukan selain picnic korang boleh jugak snorkelling.Air dia jernih dan coral dia pun cantik.Budak-budak pun suka sebab pantai dia luas.Lepak punya lepak dalam pukul 3 macam tu guide bagitahu hari nak hujan then tengok awan pun dah mula gelap jadi kami inform botman untuk pick up.Sampai je apartment ingat nak mandi sekali air takde.Call owner baru dia beritahu Jabatan Air Sabah tutup air untuk kerja penyelenggaraan.Badan dah melekit.Terpaksa berjimat guna air yang owner simpan.Tapi memang susah la kalau bekalan air limited.Nak buang air pun susah kalau takde air.Tambah lagi nak cuci botol dengan mandikan budak.Call owner complaint tanya bila akan ada air semula owner sendiri x leh bagi kepastian.Sejam lepas tu ada la pekerja dia datang hantar air mineral 1 dozen untuk budak-budak.Korang rasa cukup ke.Masa tu memang dah menyirap sikit.Oleh sebab takde air jadi nak masak pun susah.Kami decide malam tu kena la makan kt luar.Oleh sebab semua kepenatan jadi tak nak pergi jauh-jauh.Depan Marina Court ada mall baru.Jadi kami makan kt Nando's je.Owner janji air akan ada semula pukul 10 malam tapi...sampai tertido air xde.Husband dah bagi warning if esok still takde air kami check out.

Manukan Island..nampak air dia


Esoknya hari last kami di KK jadi lepas breakfast kami pergi swimming untuk kali terakhir sebelum check out.Releif sikit pagi tu air ada seperti biasa.Tapi...lepas balik swimming masing-masing dah mandi orang terakhir yakni  en hubby nak mandi sekali air takde lagi...terus dia keluar dari bilik air bising-bising suruh packing untuk check out.Walaupun ada lagi 1 hari di KK tapi sebab takde air tak best la nak stay lagi.Call owner untuk refund dan cancel balance 1 hari lagi.Owner minta call Agoda untuk uruskan refund.Lepas settle semua kami check out dan terus menuju ke rumah terbalik seperti yang dirancang awalnya.Lepas dari rumah terbalik terus kami bergerak balik ke Keningau rumah family in law.
Rumah terbalik



OTW balik keningau



Epul Mira Sabah Holiday-part 1

Yup walaupun setiap tahun balik sabah tapi tak pernah explore sabah sangat.jadi tahun ni plan nak cuti puas-puas lagipun anak buah 2 orang tu dah besar.Pengembaraan bermula dari Kuala lumpur.Flight makan masa 2 jam.Sampai KK dalam pukul 12 lebih terus ambil teksi pergi hotel.Aku book cititel hotel utk 2 mlm sebelum family in law datang KK.jadi 2 hari ni memang well spend dengan en hubby.Kenapa aku pilih Cititel?

1)Dekat dengan tempat makan
2)Walking distance je peri Filipino market
3)Walking distance peri Gaya Street.

Sepanjang 3 hari just jalan-jalan manja je.Rehat sepuasnya.Hari kedua macam dah bosan sikit jadi pagi-pagi decide lepas breakfast nak jalan-jalan Gaya Street.Untuk info Gaya street ni bukak hari Ahad pagi sampai tengah hari je.Apa yang di jual?Banyak sangat.Makanan,baju,kraftangan,kopi Sabah dan macam-macam la.Sempat la kt Gaya Street grab 2 helai seluar batik.Jalan balik ke hotel en hubby cakap apa kata kita gi Pulau Sapi cuba coral zipline.Sebelum ni aku memang suka buat flying fox.Tapi yang ni lain punya flying fox.Dia merentasi laut ok.Dari Pulau Gaya ke Pulau Sapi.Sampai bilik siap-siap pakai baju yang sesuai then ambil teksi pergi Jesseleton Point.Pada yang nak cuba korang kena ambil bot pergi Pulau Sapi dulu sebab tiket Coral Zipline tu kena beli kat Pulau Sapi.Lepas beli tiket korang kena tunggu bot bawak korang ke Pulau Gaya.Sampai Pulau Gaya korang akan jumpa instructor.Dia akan pakaikan klrang harness then bagi taklimat keselamatan.Pastu korang kena mendaki sikit untuk sampai ke starting point.Mengah jugak la kak long daki.Sampai starting point dah semput tapi tengok view fuh hilang semput.Tarik nafas panjang-panjang nervous plak datang nak buat flying fox ni.Instructor pasangkan harness pada tali then dia ok ready terus....apa lagi terbangla...perh..memang best giler..Hilang semua nervous bila pandang bawah tengok air laut biru kehijauan siap boleh nampak coral lagi..Rugi kalau korang tak cuba menda ni..Harga dia rm 64 ringgit tak termasuk tiket marine park ok.Dia bukak setiap hari dari 10 pagi sampai 3.30 petang.Nak tahu lebih lanjut boleh check it out kat sini coral zipline Sekejap je dalam setengah jam korang dah habis aktiviti ni.Lepas tu korang boleh la decide apa next aktiviti korang kat Pulau Sapi ni.or korang boleh duduk rehat-rehar sambil cuci mata
Nampak air laut tu...awesome kan..

Siap-siap untuk pakai harness

ready to take off

Ada bran..


Saturday, May 21, 2016

#Epulmiratakeoverphuket-part 4

Hari ni aktiviti leisure sikit.Pagi ada elepahant trekking pukul 9.30 lagi yeee boleh bangun lewat setelah mabuk laut sebelumnya.Hari ni breakfast kt bilik je.Nasi goreng kampung Brahims.Bukan apa halal corner dia tak banyak choice.

Lepas breakfast samsung tidur.Hahahaha redeem beberapa hari x cukup tidur.Then bangun siap-siap untuk elephant trekking.Trip ni pun aku tertunggu-tunggu jugak sebab pertama kali kan.Pengalaman yang best la walaupun mula-mula rasa macam kesian je kat gajah yang nak kena bawa aku dengan encik hubby.Pakej elephant trekking kami bermula dengan ox riding dulu.Dia bawa pusing-pusing tempt tu pastu ada taklimat macam mana padi di tanam then ada monkey show sebelum naik gajah.Monkey show best jugak.Tapi macam ganas sikit monyet dia.Lepas habis show kami ambil giliran untuk naik gajah.Kebetulan mahout yang kami dapat sporting gila.Mahout ni macam penjinak gajah la.Dia siap nyanyi-nyanyi lagi sepanjang tour.Sambil-sambil tu dia buat gelang tangan dengan rantai untuk aku dari daun kelapa ala macam dulu kita budak-budak selalu buat.Aku appreciate sangat walaupun sekadar suka-suka dia buat dan bagi tapi itu kenangan untuk aku.Aku beli pisang untuk gajah tu.Mula-mula risau jugak takut gajah naik minyak tapi tak  adala semua gajah dah terlatih.Tour tu ending dengan baby elephant show.Tengok anak gajah main bola sepak baling dart memang dahsyat la .Last en hubby volunteer untuk join show baby elephant massage.Aku dah risau habislah kena pijak dengan gajah tapi syukur anak gajah tu pijak-pijak manja je.Lepas habis semua guide bawa gi tempat aircond.Kena bagi makan buah dengan air sementara tunggu transport.Kebetulan sebelah shooting range jadi en hubby apa lagi panas punggung la nak menembak.Aku pun bagi la chance.






Lunch untuk hari ni sendiri.jadi malas nak jalan jauh kami repeat kedai yang dekat dengan hotel haritu.Order set nasi dengan tom yum lemak memang sedap.Malam tu kami decide just jalan-jalan kat bangla road je.Cuci-cuci mata.

#Epulmiratakeoverphuket-part 3

Hari ketiga di Phuket ni kami decide nak pergi island hopping.Lepas breakfast kat hotel kami tunggu la transport kami.Kali ni pakej ni joined trip jadi agen akan datang ambil dari satu hotel ke hotel lain.Tak bestnya joined trip ni  sebab nak kena tunggu orang.Kalau trip partner kita punctual ok la tapi kena yang memang tak pandai tengok jam tunggu la korang dampai muncul.Pulau yang kami pergi adalah Phi Phi Island,Maya Bay Loh Samah,Pileh Cove dengan Viking Cave dan last Khai nok Island.Subhanallah memang kagum aku dengan keindahan pulau-pulau ni.Tapi sebelum bertolak semua diberi taklimat keselamatan dan juga tatatertib sewaktu dalam group.Siap guide provide ubat untuk sesiapa yang mabuk laun macam aku.Snorkel memang diberi percuma tapi untuk fin korang kena sewa sepasang 100B.Memulakan perjalanan memang aku enjoy.Nasib la aki decide last minit tukar ke speed bot.Kalau tak aku rasa dah macam kain buruk lembik sepanjang perjalanan.1 stop kat Maya Bay.Air dia memang kristal clear.Tapi disebabkan memang musim kemuncak guide bagi masa 20 minit ja untuk explore tempat tu.Cukup la untuk bergambar kenangan.Seterusnya kami keViking cave pastu bot berhenti kejap kt monkey beach.Tapi disebabkan air pasang jadi tak ada daratan untuk turun.sekdar bagi makan pisang untuk monyet dari dalam bot ja.Masa ni aku dah rasa pening-pening dengan loya.Ye la bot berhenti then ombak lagi terhoyang hayang bot pastu panas lagi cukuplah syarat untuk mabuk laut.Demi tak nak spoil mood aku kuatkan diri jugak.dekat monkey beach guide bagi peluang untuk snorkeling.Memang aku excited mula-mula tapi bila dah mabuk laut aku terus hilang mood.Try jugak terjun tiba-tiba terus jadi panic dari tau berenang terus macm orang lemas cari daratan.terkapai-kapai aku dibuatnya.Last-last aku decide naik dalam bot then enjoy tengok pemandangan sahaja.Rugi tu memang rugi tapi nak buat macammana.Ubat mabuk pun tak boleh tolong aku.guide cakap 1 pil cukup kalau ambil lebih sampai esok tidur.Untuk aku memang tak makan saman.Overdose pun masih xjadi apa.
tempat menuggu bot
disediakan jugak minum panas sambil tunggu bot

disebabkan peak season tengokla lautan orang



en hubby je enjoy snorkelling

Lepas snorkeling bot bawak kami ke Phi Phi Don untuk lunch.Lunch memang termasuk dalam pakej.Dalam bot juga disediakan mineral water dan juga buah-buahan.Nenas dia memang manis gila.

Lunch kat Phi-Phi Don memang 100% halal jadi xperlu risau.Disebabkan Phuket adalah sebuah pulau disarankan korang keraplah minum air supaya tak dehydrate.Disebabkan aku dah mabuk laut dan juga overdose memang tak ada selera nak makan.Jamah sekadar nak alas perut.Lepas lunch guide bagi masa dalam 1 jam lebih untuk berehat dan juga explore tempat tu.Aku decide untuk rehat je.Ubat mabuk tu buat aku terlelap.Ingat ya tak ada yang free jadi kerusi untuk korang nak duduk pun kena bayar ye.Lepas dapat tidur kejap memang aku recover.Last destinasi kami adalah Khai Nok Island.Memang dah dekat dengan Phuket.30 minit ja.Kat sini guide bagi masa 2 jam lebih.Aku masih pening-pening dan juga overdose sekali lagi decide untuk rehat je.Sewa kerusi mengadap laut,order coconut shake pastu ada kudap-kudap aku bawak lengkap la semuanya.En hubby tegur jugak ye la datang jauh-jauh untuk duduk diam ja.Tapi dia tak tau separuh mati aku mabuk laut.Dalam pkul 3 lebih kami bertolak balik ke Phuket.Sampai Hotel dalam pukul 5 lebih.Rehat kejap mandi-mandi sedia untuk show malam.Lepas balik hotel baru terasa ubat yang overdose tu.Mata asyik nak pejam je.Badan jadi penat sangat.Siap-siap kami pergi makan dulu.mujur keluar dari hotel menapak beberapa langkah dah jumpa restoran india dan halal.pastubalik hotel tunggu agen datang pick up.Show untuk malam ni adalah ladyboy show kat simon cabaret.Bayangkn betapa kuat ubat sementara tunggu driver boleh tertidur kat lobi siap berdengkur lagi.Buat malu je.Sampai kat simon cabaret pun sementara tunggu show boleh tertidur lagi.Baru aku tahu ni rupanya kalau overdose.Tapi bila show dah mula terbeliak mata aku.Macam tak percaya yang buat show ni pondan..Lawa giler.Macam artis Hong kong.Tapi enjoy la show dia.Kena fikir kat sini memang dorang boleh kerja macam tu then memang tauke dorang support dorang untuk jadi lawa.Ye la tarikan pelancong la.


#Epulmiratakeoverphuket--part 2

Okay hari kedua aku decide nak explore Phuket.Tapi sebelum tu kena la isi perut dulu.Disebabkan phuket ni happening waktu malam jadi awal pagi bandar ni macam mati sikit.ingatkan nak cari kedai dekat-dekat je tapi semua tak bukak jadi kenala menapak sikit.Jalan punya jalan sampai la 1 lorong ni.Alhamdulillah ada 1 kedai bukak.owner dia middle east punya orang siap ada tanda halal lagi depan restoran jadi kami cakap okay lah malas dah nk mencari.Tapi kalau korang cari nasi lemak memang tak dapat lah.Standard dorang ada english breakfast.Set sorang dalam 150b.Ok la dari tak ada.
lengan ja jalan dia

penat belum hilang

ni la restoran dia

Lepas breakfast packing-packing untuk check out terus ke Phuket sightseeing.Kagum aku dengan kedaan muka bumi Phuket ni.Berbukit-bukit pastu ada gugusan pantai yang cantik pasir putih laut membiru.Tour start dengan shopping.kegemaran aku ni.Memang ngam untuk mulakan hari.Cik salwa bawak kami shopping barang kraf khas dari thailand.Memang sebelum datang pun aku cakap kali ni trip untuk bercuti bukan untuk shopping jadi tak banyak aku beli.Untuk keluarga dengan untuk office mate ja.Aku beli bag kait untuk mak mertua,en hubby beli replika tuk-tuk yang dorang buat dari tin pepsi,Aku plak beli pareo untuk pakai waktu island hopping nanti.Itu ja.Next kami ke porntip.Kat sini boleh shopping gajus dan juga makanan kering yang lain.Aku just beli jagus memang banyak kot perisa dia.Tapi yang paling win perisa tom yam.memang gempak.Pastu aku beli banana chip perisa BBQ untuk kudap-kudap untuk island hopping.En hubby beli buah-buahan kering.Sedap.Aku beli jugak pes ada 5 dalam kombo tu.Semua pes masakan asli Thailand.Then kami di bawa ke kilang t-shirt.Nama kilang tu madunan factory kot.T-shirt dia memang murah kalau compare nak beli kat area Patong.Lepas tu kami ke Karon view point dengan puncak apa tah nama dia boleh nampak laut terbentang luas.Ending tour ni dengan lunch.Humble je lunch dia tapi penuh dengan rasa.Lunch memang ada dalam pakej.Restoran dia betul-betul tepi masjid.Sampai ja memang makanan dah tersedia.
memang rambang mata la nak pilih yang mana 1

lunch yang simple tapi perh memang terbaek

laut seluas alam


Lepas settle makan kami on the way untuk check in  ke hotel yang aku dah book lama.Untuk 4 hari mendatang aku pilih untuk stay kat Andaman Beach suite.Hotel yang cantik dengan pemandangan.Lepas check in rehat jap explore Patong beach sebelah petang then siap-siap untuk malamnya yang memang aku ternanti-nantikan.Phuket fantasea.Memang fantasi tempat dia kalau bawak anak-anak memang best tempat ni.Aku pilih pakej transport sekali dengan dinner.Boleh katakan untuk halal corner tak banyak choice dia tapi cukuplah sekadar kenyangkan perut.Show yang ditunggu-tunggu.Show dia memang best.Ada gajah menari lagi.Memang show yang tak akan dilupakan.Tak rugi beli tiket VIP.Pengalaman yang terindah.Show habis dalam pukul 10 lebih kena hantar balik hotel terus rehat untuk aktiviti mencabar keesokkannya.Waktu show x boleh bawak sebarang gadget yang boleh rekod termasuk la fon korang.Dia akan sediakan locker untuk korang.Tapi kalau korang tak nak simpan kt locket sendiri mau ingat la pandai-pandai la korang nak buat macam man pun jangan smpai kantoi sudah.dorang memang stirct.
Andaman Beach suite

Super deluxe room.Bilk yang super selesa dan luas
ni la view yang aku tunngu.pemandangan dari balkoni
Deapan hotel otw nak gi patong beach.

Phuket Fantasea


dewan makan dia

kat salam ni nantikan ada show the best tu.