JellyPages.com

Wednesday, May 17, 2017

Happy 32 birthday en. Suami

11 Mar-birthday en suami.Setiap tahun memang tak terlepas lah dia dari suprise birthday.Tahun ni memang rancang gila-gila punya plan.Memang dh lama beritahu konon-konon cakap tahun ni tak payah buat gempak-gempak sebab dah tua kan.Sis pun ikut saja la kengkonon tapi dia tak tahu plan dah bergerak.Dalam diam sis plan surprise dia.

Sebab nak berehat saja sis decide berehat di Avilion Port Dickson.Tempat dia cantik dan sesuai kalau untuk 'shot vacay'.Lepas tu senyap-senyap deal dengan sis sheela_birthdaysuprise melalui instagram.Sis plan untuk buat room deco saje.Overall puas hati dengan servis yang dia beri.Nak deal pun senang bagitau saja apa yang kita impikan InsyaAllah duat boleh tolong realisasikan.Harga pun berpatutan.Kalau nak tengok video suprise klik kat sini
ni la suprise deco.Cantik tak?


Untuk surprise dinner pula sis deal dengan pihak Avilion terus.Tapi enc. suami ingat dinner biasa-biasa saja sebab di Avilion mereka menyediakan seafood buffet dinner setiap weekend.Pihak Avilion buat surprise dengan bawa kek sambil menyanyikan lagu 'happy birthday'terkedu en.suami.Kebetulan memang waktu kemuncak untuk makan malam memang restoran full house.VIDEO KLIK SINI


Overall penginapan di Avilion ni memang berbaloi dengan duit yang kita keluarkan.Ni pendapat sis la.Bilik besar.Macam sis ambil bilik premium water chalet memang pemandangan dia seluas laut membiru.Untuk premium water chalet dan keatas pihak avilion sediakan complimentary sunset cocktail di private lounge.Ni salah satu tarikan avilion,lounge dia macam rumah kaca dan kita boleh mengadap laut 360 darjah.Makanan yang disediakan pun sedap untuk anak tekak sis la.


Jom sis tunjuk sikit hotel dia.Sis stay 2 hari 1 malam saja tapi berbaloi.Oh ya waktu lepas check in dan sewaktu perjalanan nak ke bilik akan ada sekumpulan pemain cak lempong.video klik sini.
Ditambah dengan persekitaran menghijau memang tenang.Dan lagi 1 untuk sesiapa yang menginap di Avilion tempat letak kereta adalah di seberang jalan bertentang dengan hotel.Tapi jangan risau ada security 24 jam.Spa dia pun the best.Servis tip top.



Tuesday, May 16, 2017

Trip Hat Yai day 3

Trip Hat Yai day 3

Hari last ni tak ada aktiviti.Sis pilih untuk balik dengan van sampai border malaysia (50 bath seorang) tunggu di stesen bas Hat Yai yang terletak dekat dengan Asean trade market.Dari hotel sis ambil tuk-tuk (100 Bath).

Van bertolak pukul 9 pagi tapi driver memang tak ikut jadual ye.dia ikut van penuh baru dia jalan.Selagi tak penuh dia akan tunggu jadi di saran datang awal kalau pilih untuk naik van.
Border chop passport

Sampai di border Padang besar dalam 10.30am.rupanya border ni jauh dari pekan padang Besar jadi menapak sikit lah ye .Ada juga orang akan offer tumpang motorsikal ataupun kereta (RM10) sampai stesen teksi tapi konon sis dengan en suami gagah nak jalan kaki.Mau dekat 20 minit la jugak jalan kaki di bawah sinaran matahari memancar-mancar ditambah dengan beg galas t]yang berat macam batu.Sampai stesen teksi ambil pula teksi ke stesen KTM Padan Besar (RM20).

Keretapi dari Padang Besar ke KL pukul 12.55 tgh hari.Penat punya pasal makan pun lupa cuma sebelum naik keretapi beli bekal pau 4 ketul dengan mineral.Disebabkan balik ke KL sis beli tiket untuk platinum ke gold class jadi makanan diberi.Tapi bukan nasi atau mee atau bihun macam dalam kapal terbang ye.Cuma roti 60 sen+bisket oat dengan milo kotak saja.Tapi ok lah dari tak ada.

Sampai KL sentral pukul 6.30ptg.Disebabkan hari Isnin memang ramai la lautan manusia di KL sentral.Jadi malas nak berebut LRT en suami ambil keputusan order UBER.(RM 38)Sampai rumah dalam pukul 8 malam.


HOME SWEET HOME..............The end....

Hat Yai trip-Part 2



Lupa nak bagitau hari pertama sis dah makan pulut mangga depan Lee Garden Plaza (60 bath).

Trip Hat Yai day 2

Seawal 6.30 pagi terbangun.Tengok luar tingkap dah cerah.Hari kedua adalah hari lawatan cik kiah.
adik manis tebar roti canai

8 am breakfast di restoran Sulaiman.Tak jauh dari hotel sis.
(Roti canai+murtabak ayam +teh tarik 2 = 210 Bath)

Selesai breakfast kaki melangkah ke Santisuk market.Sepanjang santisuk ada jual pistachio,buah-buahan,gajus,dan macam-macam la.Sis adalah terbeli sikit.Jalan memang ikut kaki saja,terjumpa 1 lorong kecil.en suami ternampak bag pack besar punya.terbeli jugak.Then beli t-shirt untuk adik beradik dan kaum kerabat.Sini nak beli barang silalah gunakan kuasa tawar menawar secara keras kalau betul-betul nak kan barang tu.Jangan risau nanti end up orang jual tu akan mengalah dengan kita.


11am dah janji dengan orang tuk-tuk semalam ambil pakej dari dia nak ke Samila beach,Klong Hae Floating market dengan 1 tempat apetah yang ada kepala naga tu.(800Bath)sebenarnya boleh minta kurang lagi tapi kesian sebab driver dia baik sangat dan dah berumur.macam sebaya dengan abah sis.

Lunch di kedai makan abang falak di Samila beach (nasi daging merah+nasi green curry+teh hijau ais +air kelapa =200 bath).Panas-panas tepi pantai dapat ais krim kelapa memang mengancam habis (50 bath).


icon Samila beach



Minum petang merangkap dinner pula di Floating Market(total makanan dalam 150 bath).Memang nak gila tengak variety makanan dan minumam dia.Kalau nak dapatkan last minit buah tangan pun ada jual jugak kat sini.(t-shirt untuk anak buah 20 bath 1 helai)



Lepas dari floating market lg sekali singgah ASEAN trade market .sis beli back galas untuk 2 orang adik ipar tersayang (250 Bath 1 bidi),purse untuk mama dan mummy (100 bath 1 bidi),dan encik suami beli bag sandang untuk driver-driver dia (180 Bath 1 biji).

Hat Yai trip-Part 1

Hi,Maaf la kalau blog ni dah lama menyepi.bukan apa  tak de yang best pun nak update kat sini.Tapi kali ni nak share dengan korang semua trip pembuka untuk tahun 2017.Sebenarnya tak plan sangat pun trip ni.Secara spontan ja terkeluar idea ni.Macam mana boleh tersembul idea nak pergi Hat Yai adalah lepas tengok banyak sangat promosi di Facebook.Banyak sangat la trip murah di tawarkan.Tapi apa yang penting tepuk dada tanya selera.Bagi sis,sis suka trip yang private dan tak terikat sangat dengan jadual.Sebab takut nanti diri sendiri penat lepas tu tak enjoy.

Trip Hat Yai day 1
kl sentral awal pagi

7:05am-Bertolak dari KL sentral.ETS ke Padang Besar Perlis (Sis dgn en suami harga tiket RM86)
Breakfast dlm ETS-ada nasi lemak,sandwich kopi,teh dan lain-lain ikut selera.(Kami ambil nasi lemak ayam rendang+ sandwich+milo panas =RM21++)

12.35 tgh hari sampai Padang Besar
Lunch siap-siap sementara tunggu train ke Hat Yai.(Bihun goreng tom yam dgn teh o ais =RM12)
bihun tom yam yang simple tapi full pack of flavour

2pm kaunter imigresen buka.
-pertama sekali pergi ke imigresen Malaysia utk check kot-kot blacklist.

Dimana letaknya imigresen dan tempat beli tiket ke Hat Yai?
Dari medan selera stesen keretapi turun ke bawah,untuk urusan imigresen Malaysia sebaik turun tangga ke kanan.Selesai imigresen Malaysia-pergi beli tiket keretapi ke Hat yai.

Dimana?
Lepas imigresen Malaysia jalan ke arah pintu yg nak ke landasan.lepas tu ambil kiri sampai hujung akan ada pejabat masuk then beli tiket keretapi.(Seorang 80 bath tapi kalau tak ada duit kecil boleh saja bagi RM 10)Selesai beli tiket masuk semula melalui pintu pertama akan jumpa 1 kaunter di situ akan ada orang edarkan kertas putih.(Tips sila bawa pen sendiri).Selesai isi borang putih baru boleh teruskan ke urusan imigresen Thailand.

Keretapi ke Hat Yai sehari 2 kali.Boleh rujuk jadual di klik sini atau seperti di bawah.

Padang Besar to Hat Yai Train Timetable

Times shown are in Thai time which is one hour behind Malaysian time.
Station
Padang Besar08.55 (09.55 Malaysian time)14.40 (15.40 Malaysian time)
Hat Yai09.5015.35

3.45pm keretapi bertolak dari Padang besar ke Hat Yai.Perjalanan ambil masa 55 minit.

Disebabkan sis dah book hotel di Booking.com jade tak risau.Sis book Red Planet Hotel.Sis ambil keputusan untuk jalan kaki ke hotel.Ambil masa dalam 10 minit.Jimat.Nama pun backpacker's style.Memang puas hati dengan hotel dia.Besar,bersih selesa walaupun tak ada peti sejuk.


Petang jalan-jalan melawat kawasan (macam YB).Setiap Sabtu ada macam pasar malam depan Santisuk market.Boleh cari buah tangan di sana juga kalau mahu.Lepas jalan-jalan tahan tuk-tuk ke ASEAN trade market.(60 bath 2 orang).Jalan-jalan lagi melawat kawasan.Penat naik tingkat atas yakni food court ASEAN trade market.Jangan risau banyak makanan halal.Boleh beli makanan dan minuman dan enjoy sambil tengok gelagat manusia di bawah ber shopping.