Tahun ni adalah tahun ketiga aku dan en hubby
berkahwin.Untuk anniversary kali ni banyak kejutan yang berlaku....tapi
semuanya memberi seribu kenangan yang indah.Sempena anniversary kali ni jugak aku & en hubby planned
untuk meluangkan masa bersama.Kami pilih Bukit Tinggi sebagai destinasi
kami.Tempat yang memang best.Yang penting memang release tension sebab xde tempat
untuk shopping.hehehehe.Kami pilih untuk menginap di Colmar Tropicale.
bangunan di colmar |
lorong di colmar |
colmar tropicale dr jauh |
Kami bertolak dari rumah dalam pukul 11 pagi selepas habis
masak untuk bekal tengah hari.Banyak aku baca dalam blog makanan kat Bukit Tinggi
ni agak mahal sikit.Sebab tu aku masak sedikit bekal.Dalam kelam kabut nak
kejar masa lupa nak beli jajan (mknn ringan untuk supper).
Perjalanan ambil masa lebih kurang 1 jam lebih untuk sampai ke puncak.Lepas sampai
simpang masuk kena daki sikit bukit pendek, jalan nak atas ni lebih kurang
macam jalan ke Cameron Highland.Kebetulan masa kami sampai ujan renyai2.Macam
mana nak tau dah sampai?First akan jumpa guard house pertama.Then jalan lagi
sampai jumpa guard house kedua.Di guard house kedua kena bayar entrance
fee.Tapi kalau kita menginap kat Bukit Tinggi bayaran dah termasuk dalam harga
bilik.Kalau tak salah untuk yang datang jalan-jalan saja seorang dewasa RM 16,kanak-kanak
lupa plak.
Tempat dia memang cantik.Aku & en hubby just ambil bilik
paling murah je.Rate kami dapat masa booking RM284 untuk 1 malam termasuk breakfast
untuk 2 org.Bak kata org bila dah masuk kawasan tu umpama masuk ke perkampungan
dekat perancis.Building dia semua macam di Perancis.Lepas check in kami rehat
sekejap then lunch sebab en hubby dah lapar.Petangnya selepas hujan reda kami curi
masa terokai tempat ni.
Tempat yang best tapi kebetulan timing kami tak ngam asyik
gerimis saja.Memang tak enjoy holiday kali ni.Walaupun gerimis kami tetap
sempat snap-snap foto.Kami habiskan masa jalan-jalan di bawah payung dalam
gerimis..cewah....mcm romantik je..
Pilihan restoran memang tak banyak.Adalah dalam 5 ke 6 buah
restoran.Tapi memang agak mahal.Kononya kami nak candle light dinner kami pun pilih
la untuk makan kat restoran itali.Kami order Pizza dan spageti in clam
sauce.
Lepas mkn kami layan show of the night.Malam tu ada persembahan akrobat
dari China.Malam kat sini romantik sangat ye la penuh dengan kerlipan neon...Sunyi
je sbb kebanyakan kedai tutup pukul 9 gitu.
Hari ke-2 kami decide nak gi Japanese Village dengan Botanical
Garden.Dua tempat ni complimentary dengan harga bilik.Lepas breakfast kami dah stand by nak
gerak..Walaupun gerimis tteap nak redah jugak.Tapi memang kecewa bila sampai di
Japanese village hujan agak lebat.Buggy kami just berhenti di stesen then nak
ke Japanese Village kena daki lebih kurang 20 anak tangga then jalan lebih kurang 5 minit
dalam keadaan mendaki.Memang penat giler.nasib pertengahan jalan ada pondok.Jadi
berhenti berteduh sekejap.Hujan mulai reda kami mendaki semula.Walaupun dalam gerimis
akhirnya kami sampai..Memang kawasan yang cantik..seolah dah sampai ke
perkampungan tradisional jepun.Dek kerana hujan makin lebat kami batalkan niat
nak ke botanical garden.
Lepas turun dari Japanese Village kami siap-siap kemas dan
mula bertolak balik.Untuk pengetahuan semua.Selain Japanese Village dgn
Botanical Garden ada juga adventure park yakni boleh buat absailing dgn flying
fox.Ada juga animal farm.
No comments:
Post a Comment