9 FEB ari tu aku dan en hubby join konvoi berbasikal sempena
Hari Wilayah dan juga Tahun Melawat Malaysia.Memang en hubby sendiri cakap “kita
ni nak jogging malas jadi apa kata kita cycling?”
Bila difikir balik betul jugak.Dan bermula daripada situ lah
aku dengan en hubby mula cycling.Alhamdulillah sampai saat aku tulis blog ni
kami masih lagi berbasikal tp 1 2 minggu ni kurang sikit sebab jerebu.
Berbalik ke Konvoi Berbasikal,route dia memang panjang.Buat
beginner macam aku ni memang nazak jugak la nak habiskan.55km lebih u olls.Flag
off kat Putrajaya pukul 8 pg then berbasikal sampai stadium Bukit Jalil then
patah balik ke Putrajaya.route kami ikut SKVE then masuk silicon Highway masuk
Serdang jaya lalu depan Astro bagai.Kalau ikut aku memang tak termampu nak
habiskan malah nak sampai Bukit Jalil pun mungkin berfikir panjang.Ye la mana
tak cukup latihan.Tau-tau nak join cycling yang jaraknya memang boleh buat
orang terkejut la.Tapi aku bertuah sebab ada suami yang sentiasa bagi semangat
pada aku untuk habiskan.Ada masa juga dia tolak aku dari belakang supaya aku
mampu mengayuh.Tapi perjalanan balik dari Bukit Jalil ke Putrajaya memang aku dah
kehabisan tenaga.Mana matahari mencacak atas kepala lagi.Tapi aku gagahi juga
No comments:
Post a Comment