Trip Hat Yai day 1
kl sentral awal pagi |
7:05am-Bertolak dari KL sentral.ETS ke Padang Besar Perlis (Sis dgn en suami harga tiket RM86)
Breakfast dlm ETS-ada nasi lemak,sandwich kopi,teh dan lain-lain ikut selera.(Kami ambil nasi lemak ayam rendang+ sandwich+milo panas =RM21++)
12.35 tgh hari sampai Padang Besar
Lunch siap-siap sementara tunggu train ke Hat Yai.(Bihun goreng tom yam dgn teh o ais =RM12)
bihun tom yam yang simple tapi full pack of flavour |
2pm kaunter imigresen buka.
-pertama sekali pergi ke imigresen Malaysia utk check kot-kot blacklist.
Dimana letaknya imigresen dan tempat beli tiket ke Hat Yai?
Dari medan selera stesen keretapi turun ke bawah,untuk urusan imigresen Malaysia sebaik turun tangga ke kanan.Selesai imigresen Malaysia-pergi beli tiket keretapi ke Hat yai.
Dimana?
Lepas imigresen Malaysia jalan ke arah pintu yg nak ke landasan.lepas tu ambil kiri sampai hujung akan ada pejabat masuk then beli tiket keretapi.(Seorang 80 bath tapi kalau tak ada duit kecil boleh saja bagi RM 10)Selesai beli tiket masuk semula melalui pintu pertama akan jumpa 1 kaunter di situ akan ada orang edarkan kertas putih.(Tips sila bawa pen sendiri).Selesai isi borang putih baru boleh teruskan ke urusan imigresen Thailand.
Keretapi ke Hat Yai sehari 2 kali.Boleh rujuk jadual di klik sini atau seperti di bawah.
Padang Besar to Hat Yai Train Timetable
Times shown are in Thai time which is one hour behind Malaysian time.
Station | ||
---|---|---|
Padang Besar | 08.55 (09.55 Malaysian time) | 14.40 (15.40 Malaysian time) |
Hat Yai | 09.50 | 15.35 |
3.45pm keretapi bertolak dari Padang besar ke Hat Yai.Perjalanan ambil masa 55 minit.
Disebabkan sis dah book hotel di Booking.com jade tak risau.Sis book Red Planet Hotel.Sis ambil keputusan untuk jalan kaki ke hotel.Ambil masa dalam 10 minit.Jimat.Nama pun backpacker's style.Memang puas hati dengan hotel dia.Besar,bersih selesa walaupun tak ada peti sejuk.
Petang jalan-jalan melawat kawasan (macam YB).Setiap Sabtu ada macam pasar malam depan Santisuk market.Boleh cari buah tangan di sana juga kalau mahu.Lepas jalan-jalan tahan tuk-tuk ke ASEAN trade market.(60 bath 2 orang).Jalan-jalan lagi melawat kawasan.Penat naik tingkat atas yakni food court ASEAN trade market.Jangan risau banyak makanan halal.Boleh beli makanan dan minuman dan enjoy sambil tengok gelagat manusia di bawah ber shopping.
No comments:
Post a Comment