JellyPages.com

Tuesday, December 10, 2013

Bukit Tinggi Anniversary vacation

Tahun ni adalah tahun ketiga aku dan en hubby berkahwin.Untuk anniversary kali ni banyak kejutan yang berlaku....tapi semuanya memberi seribu kenangan yang indah.Sempena anniversary kali ni jugak aku & en hubby planned untuk meluangkan masa bersama.Kami pilih Bukit Tinggi sebagai destinasi kami.Tempat yang memang best.Yang penting memang release tension sebab xde tempat untuk shopping.hehehehe.Kami pilih untuk menginap di Colmar Tropicale.
bangunan di colmar

lorong di colmar

colmar tropicale dr jauh

Kami bertolak dari rumah dalam pukul 11 pagi selepas habis masak untuk bekal tengah hari.Banyak aku baca dalam blog makanan kat Bukit Tinggi ni agak mahal sikit.Sebab tu aku masak sedikit bekal.Dalam kelam kabut nak kejar masa lupa nak beli jajan (mknn ringan untuk supper).
Perjalanan ambil masa lebih kurang 1 jam  lebih untuk sampai ke puncak.Lepas sampai simpang masuk kena daki sikit bukit pendek,  jalan nak atas ni lebih kurang macam jalan ke Cameron Highland.Kebetulan masa kami sampai ujan renyai2.Macam mana nak tau dah sampai?First akan jumpa guard house pertama.Then jalan lagi sampai jumpa guard house kedua.Di guard house kedua kena bayar entrance fee.Tapi kalau kita menginap kat Bukit Tinggi bayaran dah termasuk dalam harga bilik.Kalau tak salah untuk yang datang jalan-jalan saja seorang dewasa RM 16,kanak-kanak lupa plak.
Tempat dia memang cantik.Aku & en hubby just ambil bilik paling murah je.Rate kami dapat masa booking RM284 untuk 1 malam termasuk breakfast untuk 2 org.Bak kata org bila dah masuk kawasan tu umpama masuk ke perkampungan dekat perancis.Building dia semua macam di Perancis.Lepas check in kami rehat sekejap then lunch sebab en hubby dah lapar.Petangnya selepas hujan reda kami curi masa terokai tempat ni.
Tempat yang best tapi kebetulan timing kami tak ngam asyik gerimis saja.Memang tak enjoy holiday kali ni.Walaupun gerimis kami tetap sempat snap-snap foto.Kami habiskan masa jalan-jalan di bawah payung dalam gerimis..cewah....mcm romantik je..







Pilihan restoran memang tak banyak.Adalah dalam 5 ke 6 buah restoran.Tapi memang agak mahal.Kononya kami nak candle light dinner kami pun pilih la untuk makan kat restoran itali.Kami order Pizza dan spageti in clam sauce.





Lepas mkn kami layan show of the night.Malam tu ada persembahan akrobat dari China.Malam kat sini romantik sangat ye la penuh dengan kerlipan neon...Sunyi je sbb kebanyakan kedai tutup pukul 9 gitu.





Hari ke-2 kami decide nak gi Japanese Village dengan Botanical Garden.Dua tempat ni complimentary dengan harga bilik.Lepas breakfast kami dah stand by nak gerak..Walaupun gerimis tteap nak redah jugak.Tapi memang kecewa bila sampai di Japanese village hujan agak lebat.Buggy kami just berhenti di stesen then nak ke Japanese Village kena daki lebih kurang 20 anak tangga then jalan lebih kurang 5 minit dalam keadaan mendaki.Memang penat giler.nasib pertengahan jalan ada pondok.Jadi berhenti berteduh sekejap.Hujan mulai reda kami mendaki semula.Walaupun dalam gerimis akhirnya kami sampai..Memang kawasan yang cantik..seolah dah sampai ke perkampungan tradisional jepun.Dek kerana hujan makin lebat kami batalkan niat nak ke botanical garden.



Lepas turun dari Japanese Village kami siap-siap kemas dan mula bertolak balik.Untuk pengetahuan semua.Selain Japanese Village dgn Botanical Garden ada juga adventure park yakni boleh buat absailing dgn flying fox.Ada juga animal farm.


No comments:

Post a Comment