JellyPages.com

Saturday, November 9, 2013

HO CHI MINH TRIP-part 1


DAY 1
Ho Chi Minh Airport

sunyi je compare to klia

Imigresen checked

Minggu lepas yakni 25 sampai 28 Oct aku dengan en hubby dah fly ke Ho Chi Minh.Al kesahnya lepas tengok majalah tiga dorang gi shopping kat sana macam nak gila aku pun apa lagi start dari situ adegan pujuk memujuk en hubby untuk jenjalan kat sana.Lepas dah dapat green light aku pun mula la buat research...Masa ni dalam hati dah ada taman suka.
tengah tunggu flight sempat en hubby posing

                                                       
update facebook dulu
Aku pilih untuk fly dengan MAS.Sebab utama aku naik MAS sebab harga masa tu pun lebih kurang dengan AA.Lagipun dengan MAS luggage dah automatik untuk 2 orang dah 60 kg.Jadi aku rasa cukuplah kot.. Flight kami berlepas dari KLIA pukul 2.15ptg dan perjalanan hanya sejam 40 minit.Kami sampai sana lebih kurang pukul 4 lebih waktu tempatan.lepas settle imigresen kami bergegas keluar cari teksi.Kami pilih untuk naik teksi Vinasun sebab kebanyakan blog yang aku baca ramai yang suggest ambil Vinasun sebab teksi ni ikut meter betul-betul.And lagi satu korang boleh juga ambil teksi Mai linh warna hijau.Satu experience baru bagi aku setelah jejak kai kat bumi vietnam ni.dari airport ke hotel kami ambil masa kira-kira setengah jam plus dengan jammed.Tambang teksi kami 141000dong (lebih kurang RM 25)Korang tau lah di Vietnam ni kalau jammed bukan sebab banyak kereta tapi motorsikal.boleh dikatakan 90% kenderaan kat sini adalah motorsikal.

Kami sampai ngam-ngam pukul 5 ptg seperti yang aku bagitau dalam email kat pihak hotel.Sampai ja aku disambut mesra oleh receptionist dia.memang peramah.Aku pilih Boss hotel 2 sebagai tempat penginapan aku.Hotel ok-ok saja.Bilik standard tapi kecil sikit.But it still ok.harga semalam USD 22 Jadi total aku 4 hari 3 malam USD 66.Masa check in memang kebiasaan dorang akan minta passport korang.Jadi jangan takut.Lepas check in aku ambil masa untuk rehat kejap.mandi segarkan badan.

Malam lebih kurang pukul 7.30 cam tu aku start teroka tempat makan dan juga yang penting tempat shopping.Kalo korang pilih hotel area district 1 memang dekat lah dengan tempat shopping happening which is Benh Tanh market.Kedai makan halal pun banyak kat kawasan ni.Jadi tak perlu risau.Oleh sebab aku sampai pun dah lewat petang dan masih jet lag aku just jalan-jalan je kat pasar malam Benh Tanh untuk biasakan diri.Sebelum jalan kat pasar malam aku singgah makan malam di Basiroh..Oleh kerana cuaca yang sejuk aku dan en hubby pilih untuk makan pho(sebutan fur) bentuk dia macam bihun sup la.Makanan ni memang famous kat vietnam.Dan sudah pastinya kalau dah sampai Ho Chi Minh kena cuba kopi aisnya.Memang terbaik...Sampai en hubby addict dengan kopi Ho Chi Minh.

dinner 1st day pho, kopi ais and ulam tu utk pho




ricky line dulu untuk malam ni...
More story tentang Ho Chi Minh trip

part 2 HCMC shopping
Part 3 HCMC shopping

No comments:

Post a Comment