JellyPages.com

Sunday, August 3, 2014

Bandung Syurga shoppaholic-----BAB 1

Hari ni baru berpeluang nak update blog y'all...Entry nk memang lama dah nak letak tapi asyik tak de kesempatan.Kali ni just nak share pengalaman aku holiday di Bandung.Aku ambik peluang cuti Good Friday sampai Easter Monday untuk go holiday...Al maklumlah kerja dengan company orang putih jadi cuti pun kena la ikut dorang.

Trip kali ni aku ambik pakej Air Asia..Flight ticket sekali dengan hotel..Memang berbaloi.tapi korang kena tengok jugak tak selalu AA offer harga berbaloi.kalau short vacation aku suggest ambil flight paling awal sepaya korang tak rugi masa...Macam aku kalau tak silap aku ambil flight pukul 6.45 pagi.perjalanan ke Bandung ambil masa lebih kurang 1 Jam 50 Minit.Oleh kerana flight awal jadi aku ambil breakfast dalam flight je la in case nanti lapar...
walaupun awal pagi tapi memang ramai orang di LCCT
breakfast hubby
breakfast aku(tersalah pilih sebenarnya tapi makan je la)
Menuju ke flight kami
Kami selamat landing di Bandung airport lebih kurang pukul 8.30 pagi waktu tempatan.Lepas pemeriksaan Kastam dan ambil luggage konon nak rehat jap tup tup keluar je memang driver kami dah tunggu .selepas kami decide nak holiday, aku terus buat survey untuk transport,makan dan sebagainya.Tapi aku memang recommend kalau korang perlu transport korang boleh check kat sini Hayuka Bandung.Service dorang memang superb.Dan yang paling penting memang murah compare dengan yang lain.

Disebabkan  check in  pukul 2 petang supir kami Pak Agus cadangkan  ke Pasar Baru untuk buang masa dan cuci mata.Aku ni cecah je  tanah Bandung ni memang dah on mood shopping apa lagi terus ok.
Pandai betul akak ni pujuk aku

Akibat terlampau ikut nafsu, aku habis lebih kurang 2 juta lebih kat sini (Rupiah ye bukan RM).apa lagi bising la encik hubby mana tak nya sampai tak terkawal dan memang jauh dari budget.Tapi aku terima teguran itu sebab memang salah aku.Ye la sampai je terus aku lupa apa yang patut kena buat.Aku nasihat kat korang jangan termakan pujuk tapi kalau korang memang betul-betul berkenan bargain habis-habisan.Lepas selesai pembelian penyesalan aku,kami bergerak pula ke Toko Tiga.Kat sini memang best kalau korang nak beli jeans.Murah dan berbaloi.Kat sini plak encik hubby nyesal sebab terlampau nak cari yang murah tapi berkualiti at last sampai balik Malaysia dia tak terbeli sehelai jeans pun.Kat Toko tiga ni aku beli baju untuk pakai keesokkannya sebab memang dalam luggage aku bawak  just keperluan asas dan juga pakaian dalaman.Aku dan encik hubby beli baju Hard Rock.sehelai tak salah aku lebih kurang RM 15.Selesa.Then aku beli jugak baju untuk adik-adik aku.Kalau nak beli t-shirt kat sini memang ok.
Toko Tiga ni terletak di tengah blok bangunan.



Settle semua aku dengan encik hubby decide nak pergi lunch sebelum check in hotel.Pak Agus bawak kami ke Restoran Belachan.First time makan masakan indonesia memang sedap ar..or maybe kami tengah lapar kot.Kalau korang ambil supir korang tak perlu risau nak makan kat mana sebab pak-pak supir ni dorang memang dah ade tempat makan tersendiri.Ye la maybe dorang bawak orang makan kat restoran yang dorang suggest dorang dapat sikit tips dari owner restoran.Tapi kalau korang memang dah de spesific list kat mana korang nak makan just bagitau je.Bagi aku tak kisah sebab makanan kt Bandung ni memang sedap dan harga berpatutan.

signage restoran belacan

Minuman wajib cuba di Bandung-Jus alpukat aka jus avocado.
Habis lunch kami minta Pak Agus bawa kami untuk check in.Oleh sebab aku dah ambil pakej flight ticket plus hotel jadi bilik memang dah confirm ada.Tapi pakej ni tak termasuk breakfast ye..kena ingat tu.
IBIS Bandung Trans Studio

Bilik kami.memang terbaik toq...
Petang tu lepas rehat dan mandi manda kami sambung shopping lagi di jalan Riau.Bandung ni memang terkenal dengan factory outlet.Rambang mata la kalau korang nak shopping.Siap boleh gila lagi sebab tak tau mana satu korang nak masuk dulu...Dari hilir dan hulu Jalan Riau penuh F.O.Kebetulan semasa kami di sana waktu petang je asyik hujan.Jadi better sediakan payung sebelum hujan.kalau korang terlupa payung pun tak yah risau sebab asal hujan je memang payung boy tetiba muncul offer korang untuk sewa payung.satu payung RM 10 juta.Sebelum balik hotel kami dinner dulu.Pak Agus bawak kami makan masakan padang di Restoran Sederhana.Ni nama restoran ye bukan restorang tu sederhana.Makan kat sini korang just bayar apa yang korang makan je.Sebab masakan padang ni dorang akan bawak semua lauk yang dorang sediakan dalam mangkuk yang kecil jadi korang pilih lauk apa yang korang nak makan yang tak nak korang letak tepi jangan sentuh langsung.dorang akan kira walauapun korang sentuh tapi tak makan.


Ikuti journey aku seterusnya di bandung untuk hari-hari berikut

Bab 2
Bab 3


No comments:

Post a Comment