JellyPages.com

Monday, September 9, 2013

Majlis Berendoi dan Cukur Jambul Aril.

Rasanya last entry aku bulan Januari hari tu.Untuk bulan Februari xde apa yang best untuk kongsi jadi aku terus shoot ke bulan Mac jelah.

Sepanjang bulan Mac aku busy dengan persiapan majlis berendoi dan juga cukur jambul untuk anak sedara aku sebelah en hubby.Dek kerana dorg tak tau apa itu majlis berendoi jadi mak mertua aku serahkan 100% pada aku.
Bayangkan nak realisasikan majlis nun di seberang laut cina selatan susah beb sebab sumber terhad.Contohnya punyalah susah aku nak cari orang untuk wat buaian berendoi sebab di Sabah dorang kurang buat majlis berendoi.
Apa lagi aku tanyalah encik google.Nasiblah encik google mambantu banyak dalam melaksanakan tugas 'event planner'.Dari en.google lah aku kenal sorang akak ni.Dia memang ambik upah buat buaian berendoi.Orang Papar tapi tinggal di Tenom.Jadi dekatlah dengan rumah mertua aku.Senang berurusan dengan akak sue(pggilan aku utk akak ni)Paling penting aku puas hati dengan kerja dia.Kalo berkenan crilah kat fb. www.facebook.com/suhailah.hajijulaili
Last minit tetiba mak mertua aku suh buat kad undangan.Lagi satu perkara buat aku pening.Bayangkan tempoh lagi beberapa minggu untuk majlis baru nak buat kad.Call punya call semua tak mau buat sebab tempoh singkat.Nasib kali menyebelahi aku dengan bantuan sekali lg en google selesai masalah aku. Aku tempah kad dr satu blog nama beautyofsakura.Simple dan juga berbaloi dengan yg dibyr.100 kpg RM0.50.Ni blog dia beautyofsakura.blogspot.com.Utk goodies bag aku beli kt Sayang You@ semua house.Aku letak surah Yassin,mineral water,cupcake by mum in law dgn gula-dula.
Alhamdulillah akhirnya semua terlaksana.Majlis berjalan dgn lancar.

No comments:

Post a Comment