JellyPages.com

Monday, September 9, 2013

Short vacation@Port dickson

14 sampai 16 Jun haritu aku ni menyibuk ikut en hubby pergi Port Dickson.Dia ada kursus kat sana.Ofis dah bagi green light boleh bawak family jadi apa lagi macam orang mengantuk di sorong kan bantal la.

Tempat kursus en hubby dekat Ancasa Allsuites Resort and Spa.Hotel dia ok lah.Bilik memang besar macam apartment.Kalau nak bawak 1 kampung pun muat.Oleh sebab jadual en hubby yg ketat dgn kursus dia,Aku terperap je lah kat bilik.Tapi bagus jugak.Memang rehat sepuasnya.Kami bertolak lepas sembahyang Jumaat.Perjalanan 1 jam.Sampai aje kami terus check in.Oleh sebab kami sampai awal, lepas check in dan simpan barang kami jalan-jalan usha line.Cari tempat untuk minum petang.Lepas puas di tepi pantai sambil menikmati pisang goreng.

Malan tu en hubby dah mula kursus.Nasiblah aku dah tapau makanan jd tak la kelaparan .Bekal mee maggi pun aku bawak jugak kot-kot malas nak keluar.Kami dapat bilik di blok C.Balkoni bilik kami betul-betul ngadap kawasan peliharaan ayam dan itik.Jadi bangun pagi tak payah pakai alarn dah.Dengar ayam kokok je.

Pagi Sabtu tu lepas breakfast dgn en hubby aku naik bilik semula.Sambung tidur.HEHEHEHEHE.Petang tu en hubby habis awal jadi apa lagi dating la kat tepi pantai.Kami join group ofis en hubby yg mmg awal lagi bawak anak ke pantai.En hubby collect duit ramai-ramain untuk main banana boat,Seorang RM10.Pastu plan nak naik jetski la tp agak mahal.RM 150 untuk 15 minit je.

Pastu penat mandi manda kami siap-siap nak keluar dinner.Dah bosan makan kat hotel kami decide nak dinner kat luar.Tabiat aku aku datang kawasan pantai mesti kena cari seafood.Kami ke pekan Teluk Kemang.Terjumpalah sebuah restoran cina specialist dalam seafood.Tapi halal.Makan memang tip top layanan owner pun bagus.Peramah.Lepas kami siap makan dia datang tanya komen kami tentang lauk yang disediakan.Kami order Tom yam campur,Salted egg soft shell crab,ikan kerapu tiga rasa  dan special request dr en hubby nak makan yam ring isi dalam dry chili chicken.Kami agak dinner kami dalam RM 200++ tp bila bil sampai RM 119.90 je.Memang murah.Nama restoran tu Restoran Muhibbah






Hari last en hubby kursus setengah hari je.Tengah hari lepas lunch kami check out.Tapi tak terus balik.Merayau lagi kat Dataran Teluk Kemang.Niat hati nak cari fridge magnet dan t-Shirt sebagai tanda kenangan. 




No comments:

Post a Comment