JellyPages.com

Saturday, October 15, 2016

Epul Mira Sabah Holiday-Part 2



Hari ketiga di Sabah checkout Cititel then tunggu family in law datang pick up.Dalam pukul 1 lebih dorang sampai.Then terus kami pergi check in Marina court Apartment untuk 3 madam berikutnya.Sebelum ni kalau holiday kat KK Tabung Haji Hotel jadi pilihan.Tapi kali ni kami pilih Marina Court.Kenapa pilih Marina Court?

1)Apartment ada 3 bilik jadi macam rumah sendiri la.
2)Boleh masak sendiri cuma beli barang masak je
3)Ada swimming pool.Ni yang anak bush aku such sangat.
4)Yang penting dekat dengan tempat makan.

Lepas Check in kami makan-makan dulu.Then uncle yang tinggal kat KK datang borak-borak ingatkan swimming pool boleh guna tapi sedih pulak dorang tengah cuci and buat maintenance sikit.
Alang-alang dah turun pergi la tengok gym.Tapi sedih gym tak seperti yang digambarkan dalam internet.Alatan semua dah berkarat dan banyak yang dah rosak.Pastu alat pun x banyak.

Lewat petang tu bawl mum in law pergi shopping barang basah sebab esok pagi plan kami nak pergi picnic kat Pulau Manukan.Malamnya pula untuk dinner kami decide nak makan kat Puteri Kitchen Sembulan.Best tempat dia,menu dia ala-ala shell out.Memang recommended kalau korang datang KK memang kena cuba tempat ni.
Puteri Kitchen @Sembulan


Tengah tunggu bot
Muka puas walaupun penat.
Esoknya awal pagi kami dah gerak ke Jesselton Point.Sebab kami ramai jadi kami charter 1 bot.selain untuk keselesaan kami sendiri.Kebaikannya charter bot ni korang boleh pilih bila korang nak gerak and bila korang decide nak balik.1 bot charter RM 200.Kami sampai awal di Pulau Manukan jadi senang la nak pilih port yang baik untuk picnic.Aktiviti kat Pulau Manukan selain picnic korang boleh jugak snorkelling.Air dia jernih dan coral dia pun cantik.Budak-budak pun suka sebab pantai dia luas.Lepak punya lepak dalam pukul 3 macam tu guide bagitahu hari nak hujan then tengok awan pun dah mula gelap jadi kami inform botman untuk pick up.Sampai je apartment ingat nak mandi sekali air takde.Call owner baru dia beritahu Jabatan Air Sabah tutup air untuk kerja penyelenggaraan.Badan dah melekit.Terpaksa berjimat guna air yang owner simpan.Tapi memang susah la kalau bekalan air limited.Nak buang air pun susah kalau takde air.Tambah lagi nak cuci botol dengan mandikan budak.Call owner complaint tanya bila akan ada air semula owner sendiri x leh bagi kepastian.Sejam lepas tu ada la pekerja dia datang hantar air mineral 1 dozen untuk budak-budak.Korang rasa cukup ke.Masa tu memang dah menyirap sikit.Oleh sebab takde air jadi nak masak pun susah.Kami decide malam tu kena la makan kt luar.Oleh sebab semua kepenatan jadi tak nak pergi jauh-jauh.Depan Marina Court ada mall baru.Jadi kami makan kt Nando's je.Owner janji air akan ada semula pukul 10 malam tapi...sampai tertido air xde.Husband dah bagi warning if esok still takde air kami check out.

Manukan Island..nampak air dia


Esoknya hari last kami di KK jadi lepas breakfast kami pergi swimming untuk kali terakhir sebelum check out.Releif sikit pagi tu air ada seperti biasa.Tapi...lepas balik swimming masing-masing dah mandi orang terakhir yakni  en hubby nak mandi sekali air takde lagi...terus dia keluar dari bilik air bising-bising suruh packing untuk check out.Walaupun ada lagi 1 hari di KK tapi sebab takde air tak best la nak stay lagi.Call owner untuk refund dan cancel balance 1 hari lagi.Owner minta call Agoda untuk uruskan refund.Lepas settle semua kami check out dan terus menuju ke rumah terbalik seperti yang dirancang awalnya.Lepas dari rumah terbalik terus kami bergerak balik ke Keningau rumah family in law.
Rumah terbalik



OTW balik keningau



No comments:

Post a Comment