JellyPages.com

Saturday, October 15, 2016

Epul Mira Sabah Holiday-part 1

Yup walaupun setiap tahun balik sabah tapi tak pernah explore sabah sangat.jadi tahun ni plan nak cuti puas-puas lagipun anak buah 2 orang tu dah besar.Pengembaraan bermula dari Kuala lumpur.Flight makan masa 2 jam.Sampai KK dalam pukul 12 lebih terus ambil teksi pergi hotel.Aku book cititel hotel utk 2 mlm sebelum family in law datang KK.jadi 2 hari ni memang well spend dengan en hubby.Kenapa aku pilih Cititel?

1)Dekat dengan tempat makan
2)Walking distance je peri Filipino market
3)Walking distance peri Gaya Street.

Sepanjang 3 hari just jalan-jalan manja je.Rehat sepuasnya.Hari kedua macam dah bosan sikit jadi pagi-pagi decide lepas breakfast nak jalan-jalan Gaya Street.Untuk info Gaya street ni bukak hari Ahad pagi sampai tengah hari je.Apa yang di jual?Banyak sangat.Makanan,baju,kraftangan,kopi Sabah dan macam-macam la.Sempat la kt Gaya Street grab 2 helai seluar batik.Jalan balik ke hotel en hubby cakap apa kata kita gi Pulau Sapi cuba coral zipline.Sebelum ni aku memang suka buat flying fox.Tapi yang ni lain punya flying fox.Dia merentasi laut ok.Dari Pulau Gaya ke Pulau Sapi.Sampai bilik siap-siap pakai baju yang sesuai then ambil teksi pergi Jesseleton Point.Pada yang nak cuba korang kena ambil bot pergi Pulau Sapi dulu sebab tiket Coral Zipline tu kena beli kat Pulau Sapi.Lepas beli tiket korang kena tunggu bot bawak korang ke Pulau Gaya.Sampai Pulau Gaya korang akan jumpa instructor.Dia akan pakaikan klrang harness then bagi taklimat keselamatan.Pastu korang kena mendaki sikit untuk sampai ke starting point.Mengah jugak la kak long daki.Sampai starting point dah semput tapi tengok view fuh hilang semput.Tarik nafas panjang-panjang nervous plak datang nak buat flying fox ni.Instructor pasangkan harness pada tali then dia ok ready terus....apa lagi terbangla...perh..memang best giler..Hilang semua nervous bila pandang bawah tengok air laut biru kehijauan siap boleh nampak coral lagi..Rugi kalau korang tak cuba menda ni..Harga dia rm 64 ringgit tak termasuk tiket marine park ok.Dia bukak setiap hari dari 10 pagi sampai 3.30 petang.Nak tahu lebih lanjut boleh check it out kat sini coral zipline Sekejap je dalam setengah jam korang dah habis aktiviti ni.Lepas tu korang boleh la decide apa next aktiviti korang kat Pulau Sapi ni.or korang boleh duduk rehat-rehar sambil cuci mata
Nampak air laut tu...awesome kan..

Siap-siap untuk pakai harness

ready to take off

Ada bran..


No comments:

Post a Comment