JellyPages.com

Saturday, May 21, 2016

#Epulmiratakeoverphuket-part 4

Hari ni aktiviti leisure sikit.Pagi ada elepahant trekking pukul 9.30 lagi yeee boleh bangun lewat setelah mabuk laut sebelumnya.Hari ni breakfast kt bilik je.Nasi goreng kampung Brahims.Bukan apa halal corner dia tak banyak choice.

Lepas breakfast samsung tidur.Hahahaha redeem beberapa hari x cukup tidur.Then bangun siap-siap untuk elephant trekking.Trip ni pun aku tertunggu-tunggu jugak sebab pertama kali kan.Pengalaman yang best la walaupun mula-mula rasa macam kesian je kat gajah yang nak kena bawa aku dengan encik hubby.Pakej elephant trekking kami bermula dengan ox riding dulu.Dia bawa pusing-pusing tempt tu pastu ada taklimat macam mana padi di tanam then ada monkey show sebelum naik gajah.Monkey show best jugak.Tapi macam ganas sikit monyet dia.Lepas habis show kami ambil giliran untuk naik gajah.Kebetulan mahout yang kami dapat sporting gila.Mahout ni macam penjinak gajah la.Dia siap nyanyi-nyanyi lagi sepanjang tour.Sambil-sambil tu dia buat gelang tangan dengan rantai untuk aku dari daun kelapa ala macam dulu kita budak-budak selalu buat.Aku appreciate sangat walaupun sekadar suka-suka dia buat dan bagi tapi itu kenangan untuk aku.Aku beli pisang untuk gajah tu.Mula-mula risau jugak takut gajah naik minyak tapi tak  adala semua gajah dah terlatih.Tour tu ending dengan baby elephant show.Tengok anak gajah main bola sepak baling dart memang dahsyat la .Last en hubby volunteer untuk join show baby elephant massage.Aku dah risau habislah kena pijak dengan gajah tapi syukur anak gajah tu pijak-pijak manja je.Lepas habis semua guide bawa gi tempat aircond.Kena bagi makan buah dengan air sementara tunggu transport.Kebetulan sebelah shooting range jadi en hubby apa lagi panas punggung la nak menembak.Aku pun bagi la chance.






Lunch untuk hari ni sendiri.jadi malas nak jalan jauh kami repeat kedai yang dekat dengan hotel haritu.Order set nasi dengan tom yum lemak memang sedap.Malam tu kami decide just jalan-jalan kat bangla road je.Cuci-cuci mata.

No comments:

Post a Comment