JellyPages.com

Saturday, May 21, 2016

#Epulmiratakeoverphuket--part 2

Okay hari kedua aku decide nak explore Phuket.Tapi sebelum tu kena la isi perut dulu.Disebabkan phuket ni happening waktu malam jadi awal pagi bandar ni macam mati sikit.ingatkan nak cari kedai dekat-dekat je tapi semua tak bukak jadi kenala menapak sikit.Jalan punya jalan sampai la 1 lorong ni.Alhamdulillah ada 1 kedai bukak.owner dia middle east punya orang siap ada tanda halal lagi depan restoran jadi kami cakap okay lah malas dah nk mencari.Tapi kalau korang cari nasi lemak memang tak dapat lah.Standard dorang ada english breakfast.Set sorang dalam 150b.Ok la dari tak ada.
lengan ja jalan dia

penat belum hilang

ni la restoran dia

Lepas breakfast packing-packing untuk check out terus ke Phuket sightseeing.Kagum aku dengan kedaan muka bumi Phuket ni.Berbukit-bukit pastu ada gugusan pantai yang cantik pasir putih laut membiru.Tour start dengan shopping.kegemaran aku ni.Memang ngam untuk mulakan hari.Cik salwa bawak kami shopping barang kraf khas dari thailand.Memang sebelum datang pun aku cakap kali ni trip untuk bercuti bukan untuk shopping jadi tak banyak aku beli.Untuk keluarga dengan untuk office mate ja.Aku beli bag kait untuk mak mertua,en hubby beli replika tuk-tuk yang dorang buat dari tin pepsi,Aku plak beli pareo untuk pakai waktu island hopping nanti.Itu ja.Next kami ke porntip.Kat sini boleh shopping gajus dan juga makanan kering yang lain.Aku just beli jagus memang banyak kot perisa dia.Tapi yang paling win perisa tom yam.memang gempak.Pastu aku beli banana chip perisa BBQ untuk kudap-kudap untuk island hopping.En hubby beli buah-buahan kering.Sedap.Aku beli jugak pes ada 5 dalam kombo tu.Semua pes masakan asli Thailand.Then kami di bawa ke kilang t-shirt.Nama kilang tu madunan factory kot.T-shirt dia memang murah kalau compare nak beli kat area Patong.Lepas tu kami ke Karon view point dengan puncak apa tah nama dia boleh nampak laut terbentang luas.Ending tour ni dengan lunch.Humble je lunch dia tapi penuh dengan rasa.Lunch memang ada dalam pakej.Restoran dia betul-betul tepi masjid.Sampai ja memang makanan dah tersedia.
memang rambang mata la nak pilih yang mana 1

lunch yang simple tapi perh memang terbaek

laut seluas alam


Lepas settle makan kami on the way untuk check in  ke hotel yang aku dah book lama.Untuk 4 hari mendatang aku pilih untuk stay kat Andaman Beach suite.Hotel yang cantik dengan pemandangan.Lepas check in rehat jap explore Patong beach sebelah petang then siap-siap untuk malamnya yang memang aku ternanti-nantikan.Phuket fantasea.Memang fantasi tempat dia kalau bawak anak-anak memang best tempat ni.Aku pilih pakej transport sekali dengan dinner.Boleh katakan untuk halal corner tak banyak choice dia tapi cukuplah sekadar kenyangkan perut.Show yang ditunggu-tunggu.Show dia memang best.Ada gajah menari lagi.Memang show yang tak akan dilupakan.Tak rugi beli tiket VIP.Pengalaman yang terindah.Show habis dalam pukul 10 lebih kena hantar balik hotel terus rehat untuk aktiviti mencabar keesokkannya.Waktu show x boleh bawak sebarang gadget yang boleh rekod termasuk la fon korang.Dia akan sediakan locker untuk korang.Tapi kalau korang tak nak simpan kt locket sendiri mau ingat la pandai-pandai la korang nak buat macam man pun jangan smpai kantoi sudah.dorang memang stirct.
Andaman Beach suite

Super deluxe room.Bilk yang super selesa dan luas
ni la view yang aku tunngu.pemandangan dari balkoni
Deapan hotel otw nak gi patong beach.

Phuket Fantasea


dewan makan dia

kat salam ni nantikan ada show the best tu.








No comments:

Post a Comment