JellyPages.com

Saturday, May 21, 2016

#Epulmiratakeoverphuket-part 3

Hari ketiga di Phuket ni kami decide nak pergi island hopping.Lepas breakfast kat hotel kami tunggu la transport kami.Kali ni pakej ni joined trip jadi agen akan datang ambil dari satu hotel ke hotel lain.Tak bestnya joined trip ni  sebab nak kena tunggu orang.Kalau trip partner kita punctual ok la tapi kena yang memang tak pandai tengok jam tunggu la korang dampai muncul.Pulau yang kami pergi adalah Phi Phi Island,Maya Bay Loh Samah,Pileh Cove dengan Viking Cave dan last Khai nok Island.Subhanallah memang kagum aku dengan keindahan pulau-pulau ni.Tapi sebelum bertolak semua diberi taklimat keselamatan dan juga tatatertib sewaktu dalam group.Siap guide provide ubat untuk sesiapa yang mabuk laun macam aku.Snorkel memang diberi percuma tapi untuk fin korang kena sewa sepasang 100B.Memulakan perjalanan memang aku enjoy.Nasib la aki decide last minit tukar ke speed bot.Kalau tak aku rasa dah macam kain buruk lembik sepanjang perjalanan.1 stop kat Maya Bay.Air dia memang kristal clear.Tapi disebabkan memang musim kemuncak guide bagi masa 20 minit ja untuk explore tempat tu.Cukup la untuk bergambar kenangan.Seterusnya kami keViking cave pastu bot berhenti kejap kt monkey beach.Tapi disebabkan air pasang jadi tak ada daratan untuk turun.sekdar bagi makan pisang untuk monyet dari dalam bot ja.Masa ni aku dah rasa pening-pening dengan loya.Ye la bot berhenti then ombak lagi terhoyang hayang bot pastu panas lagi cukuplah syarat untuk mabuk laut.Demi tak nak spoil mood aku kuatkan diri jugak.dekat monkey beach guide bagi peluang untuk snorkeling.Memang aku excited mula-mula tapi bila dah mabuk laut aku terus hilang mood.Try jugak terjun tiba-tiba terus jadi panic dari tau berenang terus macm orang lemas cari daratan.terkapai-kapai aku dibuatnya.Last-last aku decide naik dalam bot then enjoy tengok pemandangan sahaja.Rugi tu memang rugi tapi nak buat macammana.Ubat mabuk pun tak boleh tolong aku.guide cakap 1 pil cukup kalau ambil lebih sampai esok tidur.Untuk aku memang tak makan saman.Overdose pun masih xjadi apa.
tempat menuggu bot
disediakan jugak minum panas sambil tunggu bot

disebabkan peak season tengokla lautan orang



en hubby je enjoy snorkelling

Lepas snorkeling bot bawak kami ke Phi Phi Don untuk lunch.Lunch memang termasuk dalam pakej.Dalam bot juga disediakan mineral water dan juga buah-buahan.Nenas dia memang manis gila.

Lunch kat Phi-Phi Don memang 100% halal jadi xperlu risau.Disebabkan Phuket adalah sebuah pulau disarankan korang keraplah minum air supaya tak dehydrate.Disebabkan aku dah mabuk laut dan juga overdose memang tak ada selera nak makan.Jamah sekadar nak alas perut.Lepas lunch guide bagi masa dalam 1 jam lebih untuk berehat dan juga explore tempat tu.Aku decide untuk rehat je.Ubat mabuk tu buat aku terlelap.Ingat ya tak ada yang free jadi kerusi untuk korang nak duduk pun kena bayar ye.Lepas dapat tidur kejap memang aku recover.Last destinasi kami adalah Khai Nok Island.Memang dah dekat dengan Phuket.30 minit ja.Kat sini guide bagi masa 2 jam lebih.Aku masih pening-pening dan juga overdose sekali lagi decide untuk rehat je.Sewa kerusi mengadap laut,order coconut shake pastu ada kudap-kudap aku bawak lengkap la semuanya.En hubby tegur jugak ye la datang jauh-jauh untuk duduk diam ja.Tapi dia tak tau separuh mati aku mabuk laut.Dalam pkul 3 lebih kami bertolak balik ke Phuket.Sampai Hotel dalam pukul 5 lebih.Rehat kejap mandi-mandi sedia untuk show malam.Lepas balik hotel baru terasa ubat yang overdose tu.Mata asyik nak pejam je.Badan jadi penat sangat.Siap-siap kami pergi makan dulu.mujur keluar dari hotel menapak beberapa langkah dah jumpa restoran india dan halal.pastubalik hotel tunggu agen datang pick up.Show untuk malam ni adalah ladyboy show kat simon cabaret.Bayangkn betapa kuat ubat sementara tunggu driver boleh tertidur kat lobi siap berdengkur lagi.Buat malu je.Sampai kat simon cabaret pun sementara tunggu show boleh tertidur lagi.Baru aku tahu ni rupanya kalau overdose.Tapi bila show dah mula terbeliak mata aku.Macam tak percaya yang buat show ni pondan..Lawa giler.Macam artis Hong kong.Tapi enjoy la show dia.Kena fikir kat sini memang dorang boleh kerja macam tu then memang tauke dorang support dorang untuk jadi lawa.Ye la tarikan pelancong la.


No comments:

Post a Comment