JellyPages.com

Saturday, May 21, 2016

#Epulmiratakeoverphuket-part 4

Hari ni aktiviti leisure sikit.Pagi ada elepahant trekking pukul 9.30 lagi yeee boleh bangun lewat setelah mabuk laut sebelumnya.Hari ni breakfast kt bilik je.Nasi goreng kampung Brahims.Bukan apa halal corner dia tak banyak choice.

Lepas breakfast samsung tidur.Hahahaha redeem beberapa hari x cukup tidur.Then bangun siap-siap untuk elephant trekking.Trip ni pun aku tertunggu-tunggu jugak sebab pertama kali kan.Pengalaman yang best la walaupun mula-mula rasa macam kesian je kat gajah yang nak kena bawa aku dengan encik hubby.Pakej elephant trekking kami bermula dengan ox riding dulu.Dia bawa pusing-pusing tempt tu pastu ada taklimat macam mana padi di tanam then ada monkey show sebelum naik gajah.Monkey show best jugak.Tapi macam ganas sikit monyet dia.Lepas habis show kami ambil giliran untuk naik gajah.Kebetulan mahout yang kami dapat sporting gila.Mahout ni macam penjinak gajah la.Dia siap nyanyi-nyanyi lagi sepanjang tour.Sambil-sambil tu dia buat gelang tangan dengan rantai untuk aku dari daun kelapa ala macam dulu kita budak-budak selalu buat.Aku appreciate sangat walaupun sekadar suka-suka dia buat dan bagi tapi itu kenangan untuk aku.Aku beli pisang untuk gajah tu.Mula-mula risau jugak takut gajah naik minyak tapi tak  adala semua gajah dah terlatih.Tour tu ending dengan baby elephant show.Tengok anak gajah main bola sepak baling dart memang dahsyat la .Last en hubby volunteer untuk join show baby elephant massage.Aku dah risau habislah kena pijak dengan gajah tapi syukur anak gajah tu pijak-pijak manja je.Lepas habis semua guide bawa gi tempat aircond.Kena bagi makan buah dengan air sementara tunggu transport.Kebetulan sebelah shooting range jadi en hubby apa lagi panas punggung la nak menembak.Aku pun bagi la chance.






Lunch untuk hari ni sendiri.jadi malas nak jalan jauh kami repeat kedai yang dekat dengan hotel haritu.Order set nasi dengan tom yum lemak memang sedap.Malam tu kami decide just jalan-jalan kat bangla road je.Cuci-cuci mata.

#Epulmiratakeoverphuket-part 3

Hari ketiga di Phuket ni kami decide nak pergi island hopping.Lepas breakfast kat hotel kami tunggu la transport kami.Kali ni pakej ni joined trip jadi agen akan datang ambil dari satu hotel ke hotel lain.Tak bestnya joined trip ni  sebab nak kena tunggu orang.Kalau trip partner kita punctual ok la tapi kena yang memang tak pandai tengok jam tunggu la korang dampai muncul.Pulau yang kami pergi adalah Phi Phi Island,Maya Bay Loh Samah,Pileh Cove dengan Viking Cave dan last Khai nok Island.Subhanallah memang kagum aku dengan keindahan pulau-pulau ni.Tapi sebelum bertolak semua diberi taklimat keselamatan dan juga tatatertib sewaktu dalam group.Siap guide provide ubat untuk sesiapa yang mabuk laun macam aku.Snorkel memang diberi percuma tapi untuk fin korang kena sewa sepasang 100B.Memulakan perjalanan memang aku enjoy.Nasib la aki decide last minit tukar ke speed bot.Kalau tak aku rasa dah macam kain buruk lembik sepanjang perjalanan.1 stop kat Maya Bay.Air dia memang kristal clear.Tapi disebabkan memang musim kemuncak guide bagi masa 20 minit ja untuk explore tempat tu.Cukup la untuk bergambar kenangan.Seterusnya kami keViking cave pastu bot berhenti kejap kt monkey beach.Tapi disebabkan air pasang jadi tak ada daratan untuk turun.sekdar bagi makan pisang untuk monyet dari dalam bot ja.Masa ni aku dah rasa pening-pening dengan loya.Ye la bot berhenti then ombak lagi terhoyang hayang bot pastu panas lagi cukuplah syarat untuk mabuk laut.Demi tak nak spoil mood aku kuatkan diri jugak.dekat monkey beach guide bagi peluang untuk snorkeling.Memang aku excited mula-mula tapi bila dah mabuk laut aku terus hilang mood.Try jugak terjun tiba-tiba terus jadi panic dari tau berenang terus macm orang lemas cari daratan.terkapai-kapai aku dibuatnya.Last-last aku decide naik dalam bot then enjoy tengok pemandangan sahaja.Rugi tu memang rugi tapi nak buat macammana.Ubat mabuk pun tak boleh tolong aku.guide cakap 1 pil cukup kalau ambil lebih sampai esok tidur.Untuk aku memang tak makan saman.Overdose pun masih xjadi apa.
tempat menuggu bot
disediakan jugak minum panas sambil tunggu bot

disebabkan peak season tengokla lautan orang



en hubby je enjoy snorkelling

Lepas snorkeling bot bawak kami ke Phi Phi Don untuk lunch.Lunch memang termasuk dalam pakej.Dalam bot juga disediakan mineral water dan juga buah-buahan.Nenas dia memang manis gila.

Lunch kat Phi-Phi Don memang 100% halal jadi xperlu risau.Disebabkan Phuket adalah sebuah pulau disarankan korang keraplah minum air supaya tak dehydrate.Disebabkan aku dah mabuk laut dan juga overdose memang tak ada selera nak makan.Jamah sekadar nak alas perut.Lepas lunch guide bagi masa dalam 1 jam lebih untuk berehat dan juga explore tempat tu.Aku decide untuk rehat je.Ubat mabuk tu buat aku terlelap.Ingat ya tak ada yang free jadi kerusi untuk korang nak duduk pun kena bayar ye.Lepas dapat tidur kejap memang aku recover.Last destinasi kami adalah Khai Nok Island.Memang dah dekat dengan Phuket.30 minit ja.Kat sini guide bagi masa 2 jam lebih.Aku masih pening-pening dan juga overdose sekali lagi decide untuk rehat je.Sewa kerusi mengadap laut,order coconut shake pastu ada kudap-kudap aku bawak lengkap la semuanya.En hubby tegur jugak ye la datang jauh-jauh untuk duduk diam ja.Tapi dia tak tau separuh mati aku mabuk laut.Dalam pkul 3 lebih kami bertolak balik ke Phuket.Sampai Hotel dalam pukul 5 lebih.Rehat kejap mandi-mandi sedia untuk show malam.Lepas balik hotel baru terasa ubat yang overdose tu.Mata asyik nak pejam je.Badan jadi penat sangat.Siap-siap kami pergi makan dulu.mujur keluar dari hotel menapak beberapa langkah dah jumpa restoran india dan halal.pastubalik hotel tunggu agen datang pick up.Show untuk malam ni adalah ladyboy show kat simon cabaret.Bayangkn betapa kuat ubat sementara tunggu driver boleh tertidur kat lobi siap berdengkur lagi.Buat malu je.Sampai kat simon cabaret pun sementara tunggu show boleh tertidur lagi.Baru aku tahu ni rupanya kalau overdose.Tapi bila show dah mula terbeliak mata aku.Macam tak percaya yang buat show ni pondan..Lawa giler.Macam artis Hong kong.Tapi enjoy la show dia.Kena fikir kat sini memang dorang boleh kerja macam tu then memang tauke dorang support dorang untuk jadi lawa.Ye la tarikan pelancong la.


#Epulmiratakeoverphuket--part 2

Okay hari kedua aku decide nak explore Phuket.Tapi sebelum tu kena la isi perut dulu.Disebabkan phuket ni happening waktu malam jadi awal pagi bandar ni macam mati sikit.ingatkan nak cari kedai dekat-dekat je tapi semua tak bukak jadi kenala menapak sikit.Jalan punya jalan sampai la 1 lorong ni.Alhamdulillah ada 1 kedai bukak.owner dia middle east punya orang siap ada tanda halal lagi depan restoran jadi kami cakap okay lah malas dah nk mencari.Tapi kalau korang cari nasi lemak memang tak dapat lah.Standard dorang ada english breakfast.Set sorang dalam 150b.Ok la dari tak ada.
lengan ja jalan dia

penat belum hilang

ni la restoran dia

Lepas breakfast packing-packing untuk check out terus ke Phuket sightseeing.Kagum aku dengan kedaan muka bumi Phuket ni.Berbukit-bukit pastu ada gugusan pantai yang cantik pasir putih laut membiru.Tour start dengan shopping.kegemaran aku ni.Memang ngam untuk mulakan hari.Cik salwa bawak kami shopping barang kraf khas dari thailand.Memang sebelum datang pun aku cakap kali ni trip untuk bercuti bukan untuk shopping jadi tak banyak aku beli.Untuk keluarga dengan untuk office mate ja.Aku beli bag kait untuk mak mertua,en hubby beli replika tuk-tuk yang dorang buat dari tin pepsi,Aku plak beli pareo untuk pakai waktu island hopping nanti.Itu ja.Next kami ke porntip.Kat sini boleh shopping gajus dan juga makanan kering yang lain.Aku just beli jagus memang banyak kot perisa dia.Tapi yang paling win perisa tom yam.memang gempak.Pastu aku beli banana chip perisa BBQ untuk kudap-kudap untuk island hopping.En hubby beli buah-buahan kering.Sedap.Aku beli jugak pes ada 5 dalam kombo tu.Semua pes masakan asli Thailand.Then kami di bawa ke kilang t-shirt.Nama kilang tu madunan factory kot.T-shirt dia memang murah kalau compare nak beli kat area Patong.Lepas tu kami ke Karon view point dengan puncak apa tah nama dia boleh nampak laut terbentang luas.Ending tour ni dengan lunch.Humble je lunch dia tapi penuh dengan rasa.Lunch memang ada dalam pakej.Restoran dia betul-betul tepi masjid.Sampai ja memang makanan dah tersedia.
memang rambang mata la nak pilih yang mana 1

lunch yang simple tapi perh memang terbaek

laut seluas alam


Lepas settle makan kami on the way untuk check in  ke hotel yang aku dah book lama.Untuk 4 hari mendatang aku pilih untuk stay kat Andaman Beach suite.Hotel yang cantik dengan pemandangan.Lepas check in rehat jap explore Patong beach sebelah petang then siap-siap untuk malamnya yang memang aku ternanti-nantikan.Phuket fantasea.Memang fantasi tempat dia kalau bawak anak-anak memang best tempat ni.Aku pilih pakej transport sekali dengan dinner.Boleh katakan untuk halal corner tak banyak choice dia tapi cukuplah sekadar kenyangkan perut.Show yang ditunggu-tunggu.Show dia memang best.Ada gajah menari lagi.Memang show yang tak akan dilupakan.Tak rugi beli tiket VIP.Pengalaman yang terindah.Show habis dalam pukul 10 lebih kena hantar balik hotel terus rehat untuk aktiviti mencabar keesokkannya.Waktu show x boleh bawak sebarang gadget yang boleh rekod termasuk la fon korang.Dia akan sediakan locker untuk korang.Tapi kalau korang tak nak simpan kt locket sendiri mau ingat la pandai-pandai la korang nak buat macam man pun jangan smpai kantoi sudah.dorang memang stirct.
Andaman Beach suite

Super deluxe room.Bilk yang super selesa dan luas
ni la view yang aku tunngu.pemandangan dari balkoni
Deapan hotel otw nak gi patong beach.

Phuket Fantasea


dewan makan dia

kat salam ni nantikan ada show the best tu.








#Epulmiratakeoverphuket--part 1

Salam....lama dah blog ni ditinggalkan sorry la bukan apa tak ada story best nak shout out..Alhamdulillah hari ni tiba-tiba nak share holiday trip untuk tahun ni...Sebenarnya lama dah plan nk holiday kat phuket tapi asyik tak jadi.Kali ni betul-betul dah nekad nak pergi jugak.Kebetulan tahun ni cuti ngam-ngam jatuh pada keadaan phuket yang sesuai untuk holiday.Tapi disebabkan tahun ni musim panas dia pelik sikit jadi memang betul-betul panas la.Suhu cecah 37darjah.

Hampir 8 bulan plan trip kali ni.Survey the best hotel,survey tempat makan halal(ni memang paling penting),survey apa activity best yang boleh explore,survey tempat yang wajib peri waktu kat Phuket.Pendek kata semua la aspek untkl jadikan trip kali ni betul-betul bermakna.Survey-survey tiket flight ada hari yang murah tapi tangguh konon boleh dapat lagi murah.Last-last terpaksa fly 1 hari awal.Sepatutnya fly 25 Mar tp harga tiket mahal jadi terpaksala ambil flight 24 Mar petang.Bayangkan balik dari kerja petang tak mandi terus fly.Hanya tuhan ja tahu macam mana penat dan lemaunya diri ni.
the journey begin

betapa sibuknya airport kat Phuket ni

Ni la kenderaan rasmi kami sepanjang di phuket.2org saja tau.

tour guide kami dr Gembira tour cik Salwa

Welcome to Phuket thailand



First day aku dengan en. hubby check in dulu kat hotel sementara kami.Sebab last minit kan mana boleh booking hotel sama dah full book.Hotel transit kami adalah Deva suite Patong.Simple dan lengkap dengan keperluan asas.Selesa dan bersih.Flight kami pukul 5 petang dari KL sampai Phuket Airport dalam pukul 6 lebih waktu Malaysia.Phuket masa tu pukul 5 lebih.Lepas ambil luggage dan lepas clear imigresen,aku pun dengan jet lag mencari-cari tour guide kami.Akhirnya ternampak la nama aku terbentang.Tou guide yang comel,muslim dan boleh bercakap melayu(alhamdulillah).Aku memang book siap-siap tour guide sepanjang kami di sini.Bukan apa first time datang jadi tak biasa dengan tempat ni.At least ada guide kita pun senang.Tak kena tipu.Cik Salwa nama tour guide kami dari Gembira tour.Servis memang tip top.So rasa selamat lah sepanjang ada kat sini.Aku ingat Phuket ni macam langkawi maklum lah pulau kan.Sekali perjalanan dari airport nak ke Patong terasa punyalah jauh.Mana aku dah pening dengan dahaga lagi memang cukup la.Jalan dia mak ai...dah la jammed pastu bukit-bukau.Boleh terkeluar isi perut.Jangan salah sangka ye aku ni memang ada penyakit mabuk perjalanan tak kira la naik kereta ke bas ke kapal terbang ke mesti aku mabuk.Phuket ni jammed dia boleh tahan jugak.1jam lebih baru la sampai kat Deva suite.Cik Salwa tolong kami check in..Lepas settle semua dalam pukul 7 lebih.Masuk bilik je terus terbaring kepenatan.Rehat jap mandi-manda tukar baju terus keluar memburu makanan.
our transit hotel

Happening at Banzaan Market

tak sabar nak makan Pad thai dia memang best

tengok la seafood dis giant-giant seamier

seafood fried rice

menu untuk pancake
Deva suite ni dekat dengan 1 kedai india ni memang halal tapi encik hubby cakap kita jalan dulu kalau tak ada pilihan lain baru patah balik ke Badsha Indian food.Jalan punya jalan last-last jumpa 1 port ni memang happening.Macam pasar malam.Nama tempat dia Banzaan night market Patong.Berdepan dengan Bangla muay thai stadium kalau tak salah aku.Apa lagi misi mencari makanan halal la.sekali jumpa 1 mamat bangladesh boleh cakap melayu dia rekomen kedai makan dia.Aku tengok ramai tourist Malaysia makan kat situ jadi kami duduk la.Sebelum datang Phuket aku dah buat list apa makanan mesti cuba kat sini.Jadi list aku bermula dengan Pad thai.En hubby order nasi goreng seafood.Fuh memang Heaven makan.Seafood memang tak kedekut.Untuk minum aku order orange juice dan en hubby order mango juice.Memang terasa buah sebenar.Bukan kordial okay.Tapi boleh bagi advise la makan kat Phuket ni memang agak mahal sikit.Selesai makan apa lagi cari dessert la.Aku mencari jugak banana pancake konon yang selalu orang sebut kat blog-blog.Akhirnya terjumpa.Okay la rasa dia.lebih kurang macam roti pisang yang kita order kat kedai mamak.Pastu jalan-jalan jap then terus balik hotel.Penat wei belum berhenti penat lagi.Okay sambung esok...da...